Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, February 13, 2011

Terjah......IML


Selamat berhujung minggu buat semua.. . Tak pi jalan2 jamu mata...jamu perut ka?. Mr.mama baru ja balik memancing tapi tak dak rezeki la hari nie.... . Takpa2 esok masih ada.... . Mai kita tengok blog sapa pulak kena terjah dengan mr.mama untuk sarapan pagi di hari sabtu yang mendung di K.K. Ada belen labu dalam esbok, mr.mama bw cari resepi yang sesuai dengan buah labu ni.....lastly dapat la 1 kat blog...blogg........ Izah Muffin Lover . Pagi nie mr.mama order ja kt wife suruh dia laksanakan projek nie.... . Hasilnya memang lembut, gebu dan SEDAPPPPP.. Sekali bau tanpa tengok ingatkan kek... . Tima kaseh bebanyak la izahdaut ya, pandai olah resepi ni.... . Mr.mama minta permission untuk cnp ya.... . Selamat Menjamu Mata......

Donut Labu
sumber: cook.com
diolah oleh: izahdaut

Bahan-bahan :
  • 1 1/2 cawan tepung 
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 tsp. garam 
  • 2 tsp. baking powder
  • 1/2 cawan labu kukus dilecek 
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar minyak @ mentega cair 
  • 1/2 tsp. vanilla
  • 1 telur

Cara-cara :
  1. Satukan tepung, gula dan baking powder. Gaulkan rata. 
  2. Kemudian dalam bekas yang lain satukan labu lecek, susu segar, minyak, essence vanila dan telur. Gaul sebati. dan terus sahaja masukkan ke dalam adunan tepung tadi. 
  3. Gaulkan adunan hingga sebati. 
  4. Goreng adunan donut dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana. 
  5. Adunan boleh dijemput menggunakan tangan atau menggunakan sudu. 
  6. Angkat donut bila warne bertukar keperangan dan salutkan dengan gula.


1 comment:

  1. wahhh..nmpk sedapp la donut labu ni...
    kena cari labu dulu baru boleh wat donut ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...