Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Saturday, February 26, 2011

Sedap Punya Cerita....Buat Lagi....

Baru saja mr.mama buat nasi udang goreng ni, kalau tak silap minggu lalu rasanya. Sebab punya hal, lagipun hari ni cuti masa pun free banyak tu yang menjadi lagi resepi ni. Kali ini buat periuk besar sikit coz wife buat overtime, so bawak la sikit untuk kengkawan kat opis tu. Mai la pakat2 usharrrr. Selamat Menjamu Mata..


Sumber : MadihaA

Bahan-bahannya:

Bahan untuk udang :
  • 1/2 kg udang sederhana besar
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*

Caranya :
  1. Udang di potong kepala(potong separuh ja kepala tu baru rasa manis tak hilang), bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  2. Setelah siap, angkat udang dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi :
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga - mr.mama xletak, xde stok
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Sedikit kiub ikan bilis
  • Sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air - mr.mama guna 4 cawan air
  • 1/2 cwn susu cair - mr. mama guna 1 cawan susu segar
  • Sedikit minyak
** Sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) -mr.mama guna 1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu minyak


Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 4 cawan air.
  3. Susunkan udang yang sudah digoreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ikan bilis dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak. Masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)


2 comments:

  1. wahh..boleh masuk list resepi ni...
    nanti nk try wat gak...
    nampak sedapp la mr mama...

    ReplyDelete
  2. wahhh mr mama, dah 2x buat nasi ni ya.. nanti nak try gak la.. tq for the idea :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...