Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, February 22, 2011

Ikan Bayan Stim


Selamat tengahari dan selamat sejahtera semua. Semoga di berkati olehNYA. Rasanya mesti ramai yang tak pernak tengok 'Ikan Bayan' nie... . Kalau kat semenanjung susah nak dapat ikan bayan nie, bila dah susah nak dapat harga tu mencecah puluhan  hingga ratusan ringgit/kg tapi kat Sabah memang murah dalam rm10/kg saja. Ikan bayan ni yang paling sedap buat stim la, isi pun putih melepak dan ada rasa macam makan ayam pun ada...... . Okey berbalik pada n3 hari ni, resepi ni mr.mama buat cara hentam kromo...sebab ikut bahan yg ada dalam esbok tuu ja.... tengah rembang2 ni teringin nak makan yg  stim2 pulak (kurangkan minyak, kurangkan kolesterol...kakaka.....) rasa sedap nak ala2 tomyam pun ada....kiranya licin la sekor ikan tuu kat mr.mama sorang2, main ratah2 ja. Wife tak makan, dia kata tak lalu...RUGI2........ . Sedap Tu.... . Selamat Menjamu Mata Dan Mencuba......


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan bayan (700 gram)
  • 3 sudu besar sos tiram *
  • 2 sudu besar sos cili *
  • 1 sudu besar sos tomato *
  • 1 sudu besar sos ikan * 
  • 1 sudu besar minyak zaitun *
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar - hiris nipis
  • 5 biji cili padi - hiris  nipis
  • Sedikit carrot - dipotong nipis
  • Sedikit daun sup - potong pendek
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 2 biji limau kasturi - ambil jusnya   
    p/s : 2 biji lima kasturi + sedikit garam - guna untuk perap ikan bagi menghilangkan hanyir.


    Cara : 
    1. Cuci ikan bersih dan perap sekejap dengan dengan limau dan garam lebih kurang 15 minit. Basuh dan toskan.
    2. Lumurkan dengan gula, garam dan kuib ikan bilis.
    3. Masukkan ikan dalam bekas bujur dan tabur semua bahan hiris tadi.
    4. Campurkan semua bahan bertanda * dalam mangkuk kecil, gaul sebati dan tuang ke atas ikan yang telah ditabur bahan hiris.
    5. Kukus ikan dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit atau hingga masak. Taburkan daun sup yang telah dipotong dan jus limau kasturi biar 1-2 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan.



    5 comments:

    1. Salam, Mr Mama... sy dah link lama, msti Mr Mama tak perasan, kalau tak, takkanlah sy slalu bkunjung ke mari... hik3.

      Betullah, 1st time tau ikan bayan, burung bayan taulah.. nmpk sedap, isi bnyk tu..

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikum...
      Mr. mama nanti kalau blk kg bawa sekali ikan bayan ni. Nampakamat menyelerakan.

      ReplyDelete
    3. Sari Yusa Ibrahim : Ya ka?... Minta maap la x perasan...he3x...

      Kak Sam : Line clear...hehehehe....

      ReplyDelete
    4. Assalam mr mama,
      wah ikan sekor 700g berat tu..
      hubby akak pun ada suruh buat ikan steam malam ni..tapi ikan semua kecik2..hehe

      ReplyDelete
    5. 1st time dgr nama ikan ni...nampak sedap...ha ni nk tukar ngan kek lemon coklat la ...sedapnya kalau dapat ratah kan..suka sgt...hehe

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...