Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Saturday, February 19, 2011

Bun Coklat Inti Pun Coklat

Tak berapa nak menjadi pulak la roti mr.mama hari nie..... . apa yang tak kena pun tak tau. Macam 'tepeleot' saja roti ni kan..kan??. . Tengok yang izahdaut@IML buat cantik ja...jeles mr.mama...hhehehe... . Takpa2 nanti cuba lagi....orang kata 'Gagal sekali bukan gagal untuk selamanya'. Mesti cuba lagi nanti.... . Minta izin ya izahdaut, mr.mama kopi n pes ya..... .

sumber: Ros Onigiri
copy dari : izahdaut

Bahan-bahan ( dapat dalam 12 biji bun kecil )

200 gram tepung roti/ highprotein flour

50 gram tepung gandum

1 sudu kecil yis

2 sudu besar marjerin/butter

2 sudu besar susu tepung/skim milk

2 sudu besar gula

1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti

120ml susu segar atau air suam

1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)

2 sudu besar serbuk koko

*untuk inti*

sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.





Caranya:
  1. Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
  2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit. 
  3. Kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda. 
  5. Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
  6. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.

6 comments:

  1. salam mr.mama...
    sedapnyer roti tuh.... ada lg tak? lom sarap nih..

    ReplyDelete
  2. kat mana yang tak jadi tu..kalau pandang cam elok je tu..tapi kan mr mama..roti ni pun saya buat kali kedua baru menjadi elok..hmmm kena try lagi tu baru puas hati kot..hehe

    ReplyDelete
  3. mas dah buat roti ni..memang best dan sedapp...
    anak2 suka sangat...

    ReplyDelete
  4. sedapnya roti cekelat, mintak seketul ..!

    ReplyDelete
  5. Salam MrMama. Awat lak tak jadi. Along tengok gebusy ja....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...