Kalau kat semenanjung, nak rasa nasi minyak kena la tunggu time2 cuti sekolah. Pasal apa?... Kan cuti sekolah selalunya banyak akan ada hamba2 ALLAH mendirikan masjid (kawen la). Mr.mama buat kemarin, makan dengan 'Kari Ayam Kerisik', ingat tu nak post semalam tp tak sempat. Memang sedap makan dengan kari ayam tu. Lepas nasi 'elek' mr.mama continue tukaq kepada roti benggali. Kena pulak perangat kuah tu bagi agak2 pekat sikit.... . Mmmm...memang..memang lajak tak boleh nak berenti. Tak Pecaya?????. Kena "try cuba" buat baru tau. Selamat Menjamu Mata.....
NASI MINYAK MR. MAMA
Bahan :
- 4 cawan beras basmathi
- 3 cawan air
- 1 cawan susu segar
- 2 ulas bwang merah - dikisar
- 2 ulas bawang putih - dikisar
- 1/4 inci halia - dikisar
- Secubit serbuk buah pala
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 batang serai - dititik
- 1 helai daun pandan - disimpul
- Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
Cara :
- Panaskan minyak sapi + minyak masak dalam periuk, masukkan bahan tumis hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar, kacau sebati, biar sekejap hingga mendidih.
- Masukkan air, susu, garam, gula dan serbuk buah pala, masak hingga mendidih.
- Masukkan beras dan masak hingga air kering, kecilkan api dan tutup periuk biar hingga nasi masak.
- Buka kaup balik nasi, matikan api dan sedia untuk dihidang.
Kat sini hari2 pun boleh makan nasi minyak, tapau jer kat kedai mamak tu..hahaha...macam2 jenis nasi ada, biryani,minyak,bukhari...siapkan duit jer...
ReplyDeletesuka nasi minyak...
ReplyDeletemas nak cedok 1/2 periuk bolehh..he..he..
mr.mama, amboi depa mkn nasi minyak tak jemput pun..hehe sedapnya...kalau tau kemarin pi mkn sana..:)
ReplyDelete