Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, February 14, 2011

Mati Akal = Inilah Jadinya....

Simple gitu-gitu... . Mr.mama hari nie very the bz person, bz tu sikit ja saja ja buat lebih2 kakakaka...kalau dah dasar pemalas macam2 ja alasannya kan..kan???. . Mati akal pun sama mr.mama ni, jadi blurrr la pulak hari nie. Lagipin ada projek lain sama tu yang lunch jadi simple gilerrrr. Mr.mama tanak nasi 2 pot, goreng ayam drummet 3...4 ketoi ...JADIK.... . Mai tengok sama2 dan Selamat Menjamu Mata...

Bahan-bahan : 
  • 4 cawan nasi putih
  • 2 biji cili merah - ditumbuk
  • 4 biji cili padi - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - ditumbuk
  • 50 gram ikan bilis - ditumbuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 biji telur
  • Sedikit gula dan garam - kalau nak laaa....
  • Sedikit minyak masak


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk. Biarkan sebentar.
  2. Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan nasi, gaul hingga sebati. Kemudian masukkan kicap manis dan gaul rata.
  4. Pecahkan telur dan gaulkan dengan nasi hingga sebati.
  5. Matikan api, siap untuk dihidangkan.


4 comments:

  1. walaupun ringkas tapi nmpk sedapla mr.mama...ade lagi ke nasinye???nak mintakla sepinggan...roti prune kat bawah sinun pn nak jgk...hehhehheh

    ReplyDelete
  2. haaa...nasib baik mimiey cepat, nanti mr.mama antaq kay...He3x....

    ReplyDelete
  3. Assalam mr mama,
    wah project apa lah tu agaknya ya..mesti special kan..hehe jadilah mr mama, nampak sedap juga nasi ni!

    ReplyDelete
  4. sedappnya nasi goreng...
    simple2 pun sedapp dan mengeyangkan..he..he..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...