Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Bebola Daging BerCheese




Dah sarapan / makan tengahari ka?... . N3 nie mr.mama dah pernah post dulu, tapi setakat post gambaq saja. Sakrang baru la nak kasi itu resepi laaaaa... . Ala.... senang sesangat, sapa pun boleh buat, dah la senang cepat pulak tu. Dah la cepat, sedap pulak tu(ikut tekak mr.mama la). Dah la sedap, kena 3...4 biji teruih saja kenyang. Dah la kenyang,................(sambung la pulak nooo...) hahahahahaha..... . Cuba la...cuba la...cuba la.. . Tapi ingat, kalau makan lebih dari 8 ketui tu......lepas saja makan lari 3 round keliling rumah habuan potong kalori skit kay...... .



Bahan :

  • 1 bungkus meatball brand AZMY (brand apa2 pun ok)
  • 1 sos prego tradisional
  • sedikit minyak zaitun
  • 2-3 keping keju




Caranya :
  1. Panaskan pan dengan sedikit minyak zaitun, goreng meatball sehingga 3/4 masak.
  2. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah celcius.
  3. Angkat dan susun dalam mangkuk. kemudian tuang sos prego ke atas meatball.
  4. Letakkan cheese atas sos tadi dan bakar dalam oven 10 -15 minit atau hingga masak.



Saturday, August 13, 2011

Keju Bebola Daging

Assalamualaikum........

Buat apa hari ni?... Tak keluar cari barang2 persiapan untuk AIDILFITRI ke?. Tepung, butter nak buat kek dah beli ke..tudung tingkap, sofa macamana?. Yang nak cat rumah tu dah beli cat ka....he3x.. . Nak buat apa pun buatlah cuma JANGAN lupa pesan kat cik abg masing2.....ZAKAT FITRAH yaaa..... . Mr.mama n family biasala nanti balik kampung baru pikir semua tu. N3 ni mr.mama letak gambaq dulu nanti mr.mama edit cara2nya ka...... . Jamu la mata dulu....

 






Monday, August 8, 2011

Sup Tulang Singapore


Assalamualaikum.....

Mr.mama terjah bloh kengkawan kita and then terpandang n3 'Sup Tulang Singapura', sekali pandang tu ehhh...tak macam sup pun....2 kali pandang pun sama gak...3 kali pandang pun sama gak. Mmmm.. lain bebenor nie, jadi teringin betul2 nak cuba. Jadi untuk merialisasikan impian tu kena la pg cari TULANG... . Cewah ayat bleh buat cerpen ooo...kakakaka... . Tima kasih la buat AlongRoz@HomeKreation coz sudi berkongsi resepi yang SEMPOI nieee.... . Mr.mama cnp yeee.. . Selamat Menjamu Mata....


Sumber : http://homekreation-recipes.blogspot.com
Bahan-bahan :
  • 1 kg tulang lembu
  • 1 sudu besar rempah sup (campur & rebus sehingga lembut )
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, pelaga, cengkih & bunga lawang)
  • 6 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 biji bawang besar - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 6 sudu besar cili mesin
  • 1 senduk sos tomato
  • 1 ~ 2 biji kentang - rebus & kisar dengan air
  • 1 biji telur - pukul sedikit
  • Garam, gula dan lada sulah
  • Daun Ketumbar 
Cara-cara :
  1.  Panaskan minyak kemudian tumis rempah, bahan kisar dan cili sehingga wangi.
  2. Masukkan sos tomato, tulang, air rebusan tulang (agak2 supaya tidak terlalu cair), garam, gula, lada & masak sehingga menggelegak.
  3. Kemudian masukkan kentang yang dikisar untuk memekatkan kuah.
  4. Masukkan telur dan kacau dgn cepat.
  5. Taburkan daun ketumbar dan hidangkan dgn nasi atau roti.












Friday, August 5, 2011

Daging Blackpepper


Assalamualaikum & Salam Ramadhan......
Angan2 tu nak letak n3 ni semalam tapi tak sempat jugak coz bawa hero mr.mama p klinik....domam dongan solsomo. Terawih pun buat 8 saja, risau jugak takut kena demam panas. 2...3 hari lepas mr.mama deman, selesema + batuk sekali......berjangkit pulak kat anak, insyallah makan ubat nanti tu sihat laaaaa. Ok sambung balik tentang menu ni, asal usul menu ni dari KakNor@secubitgaram, mr.mama ambil dari myresipi. Adala sikit2 mr.mama DERHAKA, jangan marah ya KakNor posa2 nie...hehehehe.... . Memang tak di nafikan SEDAP tuuuuu.... . Selamat Menjamu Mata.....

Bahan-bahan :
  • 500 gram daging batang pinang
  • 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji benggala hijau
  • 1 biji benggala merah
  • 1 biji lada merah
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu besar air
  • 1/2 sudu garam halus
  • 1 sudu besar gula
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan yang mr.mama tambah (sikit derhaka jugak)
  • Dah ada kat atas benggala hijau dan merah jadi mr.mama tambah kuning 1 biji.
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 biji ubi kentang - potong baji dan goreng
  • 1 sudu besar sos blackpepper
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
 Cara-cara :
  1. Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yang banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada.
  3. Panaskan minyak, sebolehnya di gunakan minyak yang banyak dan menggunakan api yang kuat seperti yang ditunjukkan oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dengan lama. Goreng daging lebih kurang 3~4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Masukkan serbuk lada hitam, bawang putih yang dicincang dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. *Peringatan - garam tak perlu letak banyak kerana dah pun masin dari kicap dan sos tiram.
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah masukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih kemudian masukkan ubi kentang yg digoreng, sos blackpepper dan bawang besar yg dipotong bulat. Bila dah pekat bolehlah di padamkan api dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.


Tuesday, February 8, 2011

Daging Masak Maliah II

Sihat ka semua?..... Masing2 dah kenyang ka?... Lambat lagi n3 mr.mama hari nie, kamera buat hal pulak. Baling kat dinding 2...3 kali ok la pulak, kalau macam tu kena kerap2 baling kat dinding la lepas nie. He3x.. . Berbalik kepada resepi hari nie, mr.mama masak daging. Dah penah masuk n3 dah tapi lama dah, teringin pulak nak makan. Cuma daging mr.mama beli tak berapa cantik mr.mama minta daging batang pinang, tapi mr.mama rasa tokey daging tu bagi daging batang balak rasanya.... . Apa2 pun Selamat Menjamu Mata....

Bahan-bahan :
Bahan A
  • 500 gram daging -dipotong kecil (lebih kurang 1inci x 1inci)- daging batang pinang
  • 10 biji cabai kering - dikisar
  •  1 sudu teh jintan manis - dikisar
  • 1/2 sudu teh jintan manis - dikisar
  • 1/2 sudu teh jintan putih - dikisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam - dikisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
Bahan B
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kelopak bunga lawang
Bahan C
  •  1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu teh pes asam jawa adabi
  • 1 cawan santan
  • 2 biji cili hijau
  • garam secukup rasa
Bahan Tumis
  • 1 labu bawang besar - dipotong bulat
  • 2 - 3 tangkai daun kari
  • Sedikit minyak
    Cara-cara :
    1. Masukkan daging yang yang telah dipotong dan dibersihkan ke dalam periuk bersama dengan semua bahan yang dikisar (bahan A). 
    2. Masak campuran (bahan A) tadi bersama dengan bahan B sehingga daging empuk, masukan bahan C kecuali santan.
    3. Bila kuah dah pekat, masukkan santan, masak seketika hingga mendidih. Matikan api.
    4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang yang dipotong bulat dan daun kari hingga naik bau.
    5. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk dan tutup rapat.
    6. Selepas 5 minit, kacau sebati daging dan bahan goreng. Boleh la dihidangkan.....

    ** 'Daging Masak Maliah' nie juga sedap dimakan/dicicah dengan roti.


    Saturday, January 29, 2011

    Daging Kandaq

    Daging lagi n3 @ makan tengahari mr.mama hari ini. Lebih2 daging beli semalam mr.mama buat, tak banyak pun ..dalam 300gram ja. Resepi ni mr.mama cnp kat blog Yatie@Sinar Kehidupanku, mau lagi clear klik kat sini.... . Resepi ni memang sesuai dengan mr.mama n family, maklumlah orang utara katakan..kalau dengan bunyi kandaq2 nie memang feberettss sangat la kiranya. Dari maklumat Yatie, beliau dapat resepi ni dari 'my resepi'. Memang betul kata Yatie....memang SEDAP sangat, berebut mr.mama dengan anak2...hahahaha.... . Minta izin cnp dari empunya resepi yaa.... . Selamat Menjamu Mata....

    **mr.mama buat 1/2 daripada sukatan kat bawah....maklumla daging ada 300gram ja... 

    Bahan-Bahan :
    • 1/2 kg daging
    • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
    • 2 sudu besar kicap pekat
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos cili
    • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
    • 1 labu bawang besar(dimayang)
    • 1 ulas bawang putih (dimayang)
    • Kulit kayu manis dan bunga lawang
    • Sedikit daun kari
    • Garam dan gula secukup rasa

    Cara-cara :
    1. Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
    2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
    3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
    4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
    5. Bila dah sebati kuah, masukkan daging dan air rebusan daging.
    6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi.
    7. Perasakan dan masaklah sehingga kuah menjadi pekat.
    8. Setelah cukup rasa, bolehlah di hidangkan.
    9. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti


    Friday, January 28, 2011

    Daging Blackpepper Finland

    Menu tengahari mr.mama dengan anak2, wife mr.mama outstesen seminggu stat dari minggu lepas lagi...hari ahad ni baru balik... . Apa lagi mr.mama, long ranger la seminggu heheheh... . P pasar tadi beli daging batang pinang sekilo...mmm...memang ada niat dah nak buat daging blackpepper ni. Terjah kah blog Nieza Finland atau direct to the point kat sini... ,hari tu terpandang n3 daging blackpepper jadi pasang niat nak buatnya...hari ni barulah terlaksana misi. Minta izin cnp ya Nieza...yg kedua plak minta maaf coz derhaka ubahsuai sikit resepi tu.... . Selamat Menjamu Mata...


    Bahan-bahan :
    • 500 gm daging lembu potong kecil dan nipis
    • 2 s/b kicap pekat- mr.mama x letak
    • 1 cawan air 
    • 1 batang serai diketuk
    • 2 s/b lada hitam ditumbuk 
    • 3 s/b minyak untuk menumis 
    • Garam secukup rasa...- mr.mama x letak pun
    Bahan yang mr.mama tambah :
    • 3 sudu besar kicap manis
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu kecil madu

    Bahan tumis dimayangkan/hiriskan
    • 5 ulas bawang merah/kecil
    • 2 ulas bawang putih 
    • 1 inci halia 
    • 1 labu bawang besar

    Cara membuat :
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
    2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
    3. Masukkan air, serai, serbuk lada hitam, kicap manis, sos tiram dan madu. 
    4. Masakkan sehingga pekat.


    Saturday, December 18, 2010

    Daging Masak Maliah

    Salam sabtu buat pengunjung mr.mama.......
    Macam biasa la kan kalau hari minggu nie aktiviti mr.mama selepas saja solat subuh......mestilah jogging. Hari nie adalah pusing 2....3 round kawasan apartment mr.mama nie. Nak pi taman rekreasi rasanya malas plak nak drive kereta. Kat n3 kali nie adalah menu yang paling paling paling feberet mr.mama. Kali nie mr.mama combaind dengan nasi kuning. Mana dapat nama 'Daging Masak Maliah' tu????.... Maliah tu sebonarnya mr.mama punya mother in law lah..... Nama penuh Jamaliah, saja buh nama glamour@manja yang hubby dia (father in law la tu..) selalu panggil ahakss.....Mr.mama dolu2 punya cite la masa baru kawin, my wife masak daging ni...habis 1 periuk nasi yg patutnya makan ber2 dengan wife tapi mr.mama pulun sorang2, buruk betoi perangai ...hakhakhak...my wife nengok je la..malu2 kucing lagi baru kawin ..takde la nasi dia abis dibedal sisomi ni... Resepi nie agak rumit sikit TAPI penamatnya memang SODAPPPPPPP..........  lagi sedap kalau ada sama hidangan ikan goreng atau ikan goreng belah belakang.............. Selamat Mencuba..........


    Bahan-bahan :
    Bahan A
    • 500 gram daging -dipotong kecil (lebih kurang 1inci x 1inci)
    • 10 biji cabai kering - dikisar
    •  1 sudu teh jintan manis - dikisar
    • 1/2 sudu teh jintan manis - dikisar
    • 1/2 sudu teh jintan putih - dikisar
    • 1/2 sudu teh lada hitam - dikisar
    • 5 ulas bawang merah - dikisar
    • 2 ulas bawang putih - dikisar
    • 1 inci halia - dikisar
    Bahan B
    • 1 inci kulit kayu manis
    • 2 biji buah pelaga
    • 2 kelopak bunga lawang
    Bahan C
    •  1/2 cawan kicap manis
    • 1 sudu teh pes asam jawa adabi
    • 1 cawan santan
    • 2 biji cili hijau
    • garam secukup rasa
    Bahan Tumis
    • 1 labu bawang besar - dipotong bulat
    • 2 - 3 tangkai daun kari
    • Sedikit minyak
      Cara-cara :
      1. Masukkan daging yang yang telah dipotong dan dibersihkan ke dalam periuk bersama dengan semua bahan yang dikisar (bahan A). 
      2. Masak campuran (bahan A) tadi bersama dengan bahan B sehingga daging empuk, masukan bahan C kecuali santan.
      3. Bila kuah dah pekat, masukkan santan, masak seketika hingga mendidih. Matikan api.
      4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang yang dipotong bulat dan daun kari hingga naik bau.
      5. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk dan tutup rapat.
      6. Selepas 5 minit, kacau sebati daging dan bahan goreng. Boleh la dihidangkan.....

      ** 'Daging Masak Maliah' nie juga sedap dimakan/dicicah dengan roti.


      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...