Meroti lagi mr.mama hari nie. Resepi ni...majoriti blogger2 masakan dah mencuba...mr. mama baru nak cuba dan memang tak dapat disangkal lagi akan kelembutan roti ini...... makaseh Kak Nor....minta izin share kat sini ye....mr. mama terpesona lihat resepi ni dirotikan oleh izahdaut kat sini... dan resepi asal kat bawah ni... . Sajala mr.mama buah 2 patern, ada lebih choclate chip...mr.mama tabur ja la.... . Selamat Menjamu Mata...
sumber: Kak Nor@Secubitgaram
copy dari : izahdaut
· 380gm tepung high protein (tpg roti)
· 3 sudu besar susu tepung
· 80gm gula castor
· 3 sudu kecil yis segera
· 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
· 100ml air
· 100gm water roux*
· 1/2 sudu kecil garam
· 30gm butter
· 30gm shortening
Cara-cara:
- Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
- Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
- Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
- Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
- Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
- Biarkan sehingga proses menguli selesai.
- Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
- Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
- Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.
Mr mama... Lembutkan roti ni.. Sangat suke. Dah banyak kali buat pun tak jemu.. Lawa je roti tu mr mama ye bila dah potong tu
ReplyDeletemas suka resepi kak nor...
ReplyDeletebasic dough memang terbaik..he..he..
wahhhh... terharu.. basic doh dah sampai KK.. mekasih ya mr mama dah cuba resipi ni.. mudah2an resipi ni terbang lagi jauh... insyaallah.. :)
ReplyDeletetengok mr.mama meroti, teringin lak nak meroti jgk...tapi kena tunggu dulula sbb tgh ujan skang ni, bibik melayu lak xde....papepun, roti mr.mama memang cun la..
ReplyDelete