Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, March 5, 2013

Nasi Tomato VS Ayam Masak Merah





Dah pernah buat dah dalam n3 lepas2. Kali ni buat pun tak banyak, 2 mulut saja nak makan. Tp ayam tu kiranya banyak ketui la jugak.....habuan nak ratah. Anak mr.mama yang kecil sekali pun sekarang nia dah makan pedas2 dah. So kerja tu makin mudah la kan...kan...kan. Cakap banyak pun buat kering rengkong ja, apa kata p cuba dulu noooooo............... . 


Nasi Tomato Mr. Mama

Bahan:
  • 4 cup beras basmathi
  • 4 1/2 cup air
  • 1/2 cup susu cair
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar badam kisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji cili hijau -potong 4
Bahan tumis :
  • 1/4 labu bawang besar - dimayang
  • 1 batang serai dititik
  • 4 helai daun pandan wangi - disimpul
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga


Cara :
  1. Panaskan minyak masak + minyak sapi dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan kisar, kacau sebati, biar mendidih. 
  3. Masukkan  air, susu cair, tomato puri, sos tomato, garam dan gula, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan beras, kacau dan masak hingga kering air, kecilkan api, tutup periuk.
  5. Biar hingga nasi masak, tabur cili hijau yg telah di potong  kareh nasi dan matikan api.


Ayam Masak Merah II

Bahan-bahan :

  • 10 ketul paha ayam / kepak ayam
  • 20 biji cili kering - direbus dan dikisar
  • 2 biji cili merah - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 kuib ayam
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  • Sedikit daun bawang dan daun sup
Bahan tumis:
  • Sedikit  kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • 1 batang serai dititik
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kuib ayam, masak sekejap hingga mendidih.
  3. Masukkan paha ayam dan air, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebati, masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong pendek2, kacau sebati.
  6. Matikan api dan siap untuk dimakan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...