Title kat atas tu bukan nak lawan perang dengan senapang ka boom ka apa ka, tapi gabungan roti nun jauh di negara di ufuk timur dengan inti di selatan semenanjung. Roti lagi la nampaknya.... . Projek ni mr.mama buat semalam, tapi mr.mama buat jadi rojak sikit. Roti bun mr.mama ambik dari blog Ros @ Jintan Manis campur dengan inti kelapa dari blog Azlita @ MASAM MANIS. Minta izin ya Ros ngan Azlita untuk kopi n pes resepi tu. Bun Lembut Osaka tu memang lembut, lemak semua cukup. Inti kelapa tu pulak memang cukup rasa, masuk dengan tekak mr.mama n family.
Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ http://www.jintanmanis.com/Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
- 300gram tepung roti
- 80gram tepung gandum
- 2 sudu besar water roux
- 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
- 1 1/2 sudu besar marjerin
- 2 sudu besar gula
- 1/3 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil yis
- 160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
- 25 gram tepung gandum
- 125 ml air
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
- Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
- Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
- Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
- Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
Sumber : MASAM MANIS @ http://fromintankitchen.blogspot.com/
- 400 gm air
- 250 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
- 100 gm gula merah / gula melaka
- 50 gm gula pasir
- 1 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
- 1 helai daun pandan disiat dan disimpul
Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.
wahh..cantik la bun lembut osaka tu.....
ReplyDeletemas pun dah buat..memang sedapp...
Assalam mr mama,
ReplyDeletecantik & nampak gebu roti mr mama ni!!..
salute kat mr mama..rajin betul meroti..ni pakai tangan ke bm?..
perghh sedap ni..nk tapau 2 ketoi..hehe
ReplyDeletebestnyer roti..lama dh BM tu cuti
ReplyDeleteMas : Betul la mas memang sedap sgt. ank2 mr.mama pulun tak hengat.
ReplyDeleteAyu : tq....pakai bm.
Nieza : Ambik leee...jgn malu2
Cendana Kasih : Nan ti bekarat pulka bm tu...he3x...