Donut Yogurt
Sumber : Mas
Bahan-bahan :
- 250 gm tepung gandum
- 80 gm gula * Mas,Izah dan mr.mama letak 3 sudu makan
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 125 ml plain yogurt
- 1 sudu besar yis segera * Mas,Izah & mr.mama guna mauripan- bancuh dengan sedikit air suam
- 20 gm butter dicairkan
- * Mas,Izah & mr.mama tambah 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
- Minyak masak untuk menggoreng
Resepi asal tidak menggunakan yis. Jika mahu, gantikan yis dengan:
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara :
- Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit dan pucat.
- Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
- Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
- Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
- Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
- Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba!
wah sedapnya..nampak pun gebus jer donut tu mr.mama..nk tapau 2 ketoi buat breakfast ni...hehe
ReplyDeletegebunya donut tu mr mama...
ReplyDeletesedapp kan...
mas pun suka....