Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Siaran Ulangan......

Lama sungguh mr.mama tak hup date blog nie, bukanya malas tapi kamera rosak. Dah la ada semangga tu saja p rosak pulak, jadi mati kutu, mati akai semua dok ada la.... . Nak guna handpon pun gambar jadi tak clear langsung. Tu yang jadi mengung seminggu dua...kakakakaka.... . Oklah berbalik pada n3 nie, rasanya
dah manyak kali dah buat so layan saja la yaaaaa..... .

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2 sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam
* Untuk gliss*
  • Baki telur + 2 sudu besar susu
  • Resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

Cara-cara untuk membuat water roux
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)


Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba......



Wednesday, April 6, 2011

Dah berkali-kali......Sedap Punya Hal....


Meroti lagi mr.mama hari nie..kakakaka..., jadi ketagih pulak makan bun kelapa ni. Rasanya dah masuk kali ke-4 dah ni dok buat bun kelapa saja. Anak2 pun suka termasuk la dengan bapak2 dia sekali. Tapi macam biasa la buat dalam 20 biji ja, lepas la untuk sehari dua... . Nak tengok resepi jugak???.. Klik kat sini... .
Mai pakat2 ushar gambaq2. Selamat Menjamu Mata Lagiiiiiiii..........




Thursday, March 31, 2011

Bun Inti Kelapa


Apa habaq semua???..... . Alhamdulillah minta2 tu semuanya sihat2 belaka... . Makan roti buatan sendiri mr.mama n family hari ni. Inti kelapa tu mr.mama n wife buat semalam, jadi lepas settle ja solat subuh wife mr.mama tolong letakkan inti tu dalam doh roti tu. Mr.mama dok prepare untuk anak2 p sekolah. Dah kali ke-2 mr.mama buat bun kelapa ni, tapi buat tak banyak pun dalam 20 biji saja...tu pun x sampai petang dah tinggal bekas saja...hahahahaha..... . Maknanya sedap la tu.... . Mai pakat2 tengok...Selamat Menjamu
Mata....


Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ http://www.jintanmanis.com/

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2 sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)


Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.


Bahan Untuk Inti
  • 400 gm air
  • 250 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
  • 100 gm gula merah / gula melaka
  • 50 gm gula pasir
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan disiat dan disimpul
Cara-cara :

Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.



Sunday, March 20, 2011

Bun 'LENGA'.....?

Tenggelam timbul...tenggelam timbul mr.mama semenjak 2 menjak ni, maaf la kengkawan bz bukan dah tahap gaban dah...dah nak sampai ke tahap PM dah ni. Ada benda...ada perkara yang yang nak kena selesai kan, kena pulak gaya laptop pun tak siap lagi time tu. Baru siap 2 hari lepas, tu pun campak kat tepi ja....dok kalut dengan benda lain dulu.... . Nak terjah blog kawan2 pun tak sempat, pagi ni ada la sikit lapang....so kena gunakan sebaik mungkin la..... . N3 kali ni adalah segmen roti-meroti, mmmm.....nengok daging burger banyak stok dalam esbok so kena cari jalan penyelesaian untuk nak selesaikan daging burger tu hahahahahaha.... . Dah penah buat dah bun ni cuma kali ni kelainannya ada tabur bijan saja (kalau utara mari depa panggil 'LENGA'). Ok....Selamat Menjamu Mata.

Bahan :
  • 175 ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 3 cup tepung roti
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar yis
  • 1/2 sudu kecil bread softener


Cara :
  1. Masukkan dalam BM ikut urutan BM masing2.
  2. Pilih setting 'dough' , tekan start. Tunggu hingga siap.
  3. Keluarkan dari BM, bentukkan bulat2 setiap satu 100gram.
  4. Rehatkan doh hingg naik, lebih kurang 45 minit.
  5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak dengan suhu 160C.
  6. Sapukan permukaan roti dengan mentega selepas keluar dari oven.




Monday, March 14, 2011

Roti Bege Mr. Mama


Assalamualaikum Semua.....

Resepi roti bege nie dari my wife, resepi roti pertama yang dia belajar dulu2 masa zaman bujang...ha..ha.ha.. Mr.mama buat dengan wife semalam untuk memenuhi keperluan anak lelaki mr.mama yang tak suka langsung makan nasi, kena la bekalan roti sentiasa kat rumah ni kalau tak kesian tak dak makanan untuk dia (mr.mama tumpang sekaki la jadi buat lebih sikit). Cuma mr.mama ada adjust sukatan dari yang sukatan asal. Memang sesuai sangat berganding bahu dengan daging bege dan lagi sesuai bila dah masuk kat dalam mulut...kakakakaka.... . Dah habis sebijik rasa nak lagi...pas tu nak lagi....oppsss...opsss....kontrol...kontrol, INGAT tu mr.mama kena diet JANGAN LUPA. Tarik nafas...lepas, tarik nafas...lepas ......hahahahaha .. . Apa2 pun memang simple dan sedap...... . Selamat Menjamu Mata.......


Bahan : 
  • 175 ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 3 cup tepung roti
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar yis
  • 1/2 sudu kecil bread softener



Cara :
  1. Masukkan dalam BM ikut urutan BM masing2.
  2. Pilih setting 'dough' , tekan start. Tunggu hingga siap.
  3. Keluarkan dari BM, bentukkan bulat2 setiap satu 100gram.
  4. Rehatkan doh hingg naik, lebih kurang 45 minit.
  5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak dengan suhu 160C.
  6. Sapukan permukaan roti dengan mentega selepas keluar dari oven.



Thursday, March 10, 2011

Shoru...Malam Mr.Mama


Assalamualaikum & Selamat Malam......

Dah makan?....Dah solat isyak?.....BAGUIH....., lagi baguih kalau baca Yasin malam2 jumaat nie kan...? . Mr.mama alhamdulillah selesai sudah bah!!... hah terkeluar loghat sabah sikit..kakakaka... . Malam nie mr.mama cari makanan yang ringkas2 saja, apa lagi kalau bukan BURGER... . Roti tu buat sendiri, cuma daging tu belum sampai seru nak cuba lagi la, insyallah coming soon...step by step orang kata. Burger ni kalau makan mr.mama mesti kena ada kobis dengan bawang baru sempoi habisss. Sebut bab burger ni kalau kat sabah memang nampak ketara...apadia???.... susah sangat nak jumpa stor2 jual burger kat tepi2 jalan. Kalau kat semenanjung belambak kan... . Apa sebab susah sangat nak jumpa kat sabah terutama kat K.K ni pun mr.mama tak pasti. Musykil juga tapi tak terkeluaq nak p tanya..kakakaka.... . Kalau ada pun jenis yang ada brand macam 'Burger Mat Salai', tu pun jenis kiosk kt dalam pasaraya/supermarket saja. Lajak pulak dok cerita malam ni lupa pulak nak semawa@pelawa makan sama2, rhalit dok cerita ni sambil mulut dok ..ngap....ngap..ngap... habih dah la mr.mama makan. Ok lah..mr.mama nak bw sikit pas tu nak layan TV pulak... . Semoga kita semua diberkati...AMIN.




Friday, February 25, 2011

Roti Pratha Jadi Murtabak......

Terpikat dengan murtabak pratha yang Mas buat semalam, kebetulan pulak ada belen roti pratha dalam esbok...memang sesuai sangat. Daging cincang ada, ubi kentang ada....cuma mr.mama menderhaka sikit sebab mr.mama tambah serbuk lada hitam sikit dengan kiub daging. Saja gatai tangan..jangan mareee Mas dan tuan empunya resepi ya...sambil2 tu minta izin cnp ya. Buat makan petang pekena dengan kopi tenom, sabah pulak...memang uummmppp lah. Kat sabah murtabak dia lain sangat dengan semenanjung, kat sini isi murtabak cuma ada sayuran ja. Pas tu plak cara menggoreng tu macam goreng pisang, minyak boleh berenang......cicah pulak dengan sos cili/tomato ngan mayonis saja....tak masyuk selera mr.mama cakap lu....... .Oklah nanti marah pulah depa kt mr.mama...hehehehehe.... .Selamat Menjamu Mata.... .


Murtabak Pratha
Copy : Mas@Duniaku
Bahan :
  • 2 keping Roti Paratha
  • Daging@isi ayam - potong kecil-kecil@cincang
  • 2 biji Ubi Kentang - potong dadu
  • 3 @ 4 sudu makan Rempah kari
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 biji bawang besar  - potong dadu
  • Garam,Gula
  • Air
  • 2 biji telur - 1 biji untuk 1 biji roti paratha

Kuah bawang merah

Sumber : Ros Jintanmanis
Copy : Mas Duniaku
Bahan :
  • 1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili maggi
  • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
  • sedikit gula dan garam
Untuk buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

Cara membuatnya :
  1. Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
  2. Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
  3. Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.
  4. Nipiskan roti paratha (saya guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
  5. Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
  6. Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
  7. Letakkan inti di atas roti kemudian lipat. Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan.
Saya lebihkan garam dan gula dalam inti sebab murtabak ni makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan.


Wednesday, February 23, 2011

Basic Dough

Meroti lagi mr.mama hari nie. Resepi ni...majoriti blogger2 masakan dah mencuba...mr. mama baru nak cuba dan memang tak dapat disangkal lagi akan kelembutan roti ini...... makaseh Kak Nor....minta izin share kat sini ye....mr. mama terpesona lihat resepi ni dirotikan oleh izahdaut kat sini... dan resepi asal kat bawah ni... . Sajala mr.mama buah 2 patern, ada lebih choclate chip...mr.mama tabur ja la.... . Selamat Menjamu Mata...


copy dari : izahdaut


Bahan-bahan:

·         380gm tepung high protein (tpg roti)
·         3 sudu besar susu tepung
·         80gm gula castor
·         3 sudu kecil yis segera
·         1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
·         100ml air
·         100gm water roux*
·         1/2 sudu kecil garam
·         30gm butter
·         30gm shortening

Cara-cara:
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung. 
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain. 
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4.  Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika. 
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening. 
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai. 
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat. 
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda. 
  9. Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.
# kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.




Saturday, February 19, 2011

Bun Coklat Inti Pun Coklat

Tak berapa nak menjadi pulak la roti mr.mama hari nie..... . apa yang tak kena pun tak tau. Macam 'tepeleot' saja roti ni kan..kan??. . Tengok yang izahdaut@IML buat cantik ja...jeles mr.mama...hhehehe... . Takpa2 nanti cuba lagi....orang kata 'Gagal sekali bukan gagal untuk selamanya'. Mesti cuba lagi nanti.... . Minta izin ya izahdaut, mr.mama kopi n pes ya..... .

sumber: Ros Onigiri
copy dari : izahdaut

Bahan-bahan ( dapat dalam 12 biji bun kecil )

200 gram tepung roti/ highprotein flour

50 gram tepung gandum

1 sudu kecil yis

2 sudu besar marjerin/butter

2 sudu besar susu tepung/skim milk

2 sudu besar gula

1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti

120ml susu segar atau air suam

1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)

2 sudu besar serbuk koko

*untuk inti*

sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.





Caranya:
  1. Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
  2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit. 
  3. Kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda. 
  5. Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
  6. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.

Monday, February 14, 2011

Roti Prune MG@DTS

Ketaq tangan mr.mama ni, pasai apa??... Sebab hari ni mr.mama godek2 kt blog paling famoussss dalam dunia masakan nie merangkap idola mr.mama, tak lain tak bukan blog en.MATGEBU  dari Dapur Tanpa Sempadan selain dari bro BA kita la. Tumpang lalu ya MG...hehehehe.... . Mr.mama nak kopi n pes sikit nooo... . Jatuh hati nengok roti tu tertenggek kat atas pinggan yang cantik tu, terpanggil untuk mencuba la pulak. Memang sempoi lah...macam2 rasa ada dalam bun prune nie. Mai la tengok hasil dari mr.mama.. . Selamat Menjamu Mata...

pst : amcam ok kan??...tak la secantik macam sifu MG...... 1st time la katakan.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram tepung roti
  • 70 gram tepung gandum
  • 6 gram instat yeast
  • 1 camca besar susu tepung
  • 30 gram gula halus
  • 50 gram mentega
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softener
  • 130 ml air
  • 70 ml whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
  • 100 gram prune, hiris kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga lembut dan anjal, jika melekat tabur sedikit tepung. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik, biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan on, biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh tadi pada 10 bahagian. Ambil satu dan bentukkan bulat seperti bola, susuh dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap.
  3. Perap 45 minit hingga kembang. Bakar dalam oven yang telah dipanasan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan roti dari oven dan sapu mentega atas permukaannya. Kalau suka boleh tabur sedikit gula halus..



Thursday, February 10, 2011

Roti Lembut JMC

Roti meroti lagi mr.mama malan ni, saja nak kurangkan makan nasi waktu malam. Masih lagi dari sifu roti sapa lagi tak lain tak bukan Ros @ Jintan Manis . Roti2 kt blog Ros memang mr.mama n family suka sangat. Dengan gebu, dengan lembut, dengan lemak berkrim semua cukup la. Terima kasih kerna berkongsi resepi ya...Minta izin mr.mama cnp ya..... . Anak2 mr.mama antara peminat no.1 roti2 dari blog Ros. Mai pakat2 kita tengok ya.... Selamat Menjamu Mata....

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam
* Untuk gliss*
  • Baki telur + 2 sudu besar susu
  • Resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

Cara-cara untuk membuat water roux
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.


Wednesday, February 9, 2011

Jepun VS Johor

Title kat atas tu bukan nak lawan perang dengan senapang ka boom ka apa ka, tapi gabungan roti nun jauh di negara di ufuk timur dengan inti di selatan semenanjung. Roti lagi la nampaknya.... . Projek ni mr.mama buat semalam, tapi mr.mama buat jadi rojak sikit. Roti bun mr.mama ambik dari blog Ros @ Jintan Manis campur dengan inti kelapa dari blog Azlita @ MASAM MANIS. Minta izin ya Ros ngan Azlita untuk kopi n pes resepi tu. Bun Lembut Osaka tu memang lembut, lemak semua cukup. Inti kelapa tu pulak memang cukup rasa, masuk dengan tekak mr.mama n family.

Mr.mama buat 2 dunan untuk roti dan adalah ubah sikit resepi untuk inti kelapa bukan apa saja nak kurangkna manis, itu saja. Kena buat banyak sikit sebab anak2 mr.mama memang fanatik kalau bab2 roti meroti ni.... .Terima kaseh la untuk Ros n Azlita berkongsi resepi dengan mr.mama dan semua pengunjung. Memang lajak makan kena pulak dengan kopi susu panas...memang SESUAI gitu.... .  Selamat Menjamu Mata..... 

Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ http://www.jintanmanis.com/

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2 sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)


Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

Bahan Untuk Inti
  • 400 gm air
  • 250 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
  • 100 gm gula merah / gula melaka
  • 50 gm gula pasir
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan disiat dan disimpul
Cara-cara :

Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...