Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, April 24, 2011

Ayam Bakaq.......Ayaq Asam

1st sekali jutaan MAAF dari mr.mama ni coz sepi tanpa berita. Maapla yeee untuk no.2nya coz regu untuk 'Nasi Lobak Merah' ni lambat sikit n3nya, bukan apa semenjak dua ni mr.mama sibuk tahap ultraman dah kiranya. Banyak reja2 yang nak kena buat, nak kena settle...tu yang terrrrlewat sikit tu. Oklah berbalik pada n3 pagi ni, amacam terliuq dak nengok gambaq.....sedapkan?... . Kalau makan lagi la bertambah sedapnya. Tima kaseh la buat tuan empunya resepi yang sudi kongsi menu yang SEDAPPP nie. Mr.mama buat 2 ketul ayam yang potong 4 tu, bahagian yang sedap buat mesti la kat drummet yang besaq tu. Lagi 1 kalau nak bagi sedap kena la ada ayaq asam. Ayaq asam tu mr.mama letak sikit kerisik untuk up up n away!!! lagi kesedapannya tu..hehehehe. Mai kita tengok noooo... Selamat Menjamu Mata.....



Bahan2nya :
  • 1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
  • 1 cawan yogurt/tairu
  • 3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
  • 2 1/2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan garam
  • 2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
  • Sedikit perasa jika suka
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3/4 sudu makan campuran  jintan kasar dan halus – ditumbuk
  • 3/4 sudu makan biji  ketumbar – ditumbuk
  • 3/4 sudu makan  lada hitam – ditumbuk
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis
  • 4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
  • 1 sudu makan halia yang telah di tumbuk
Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan2 di atas.
  2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
  3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
  4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
  5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
  6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!
  7. Lagi satu....mr.mama tambah kentang yg dipotong berbaji...sedap...biasanya kentang ni abis dulu.....
Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.


Menu Sampingan



Tuesday, April 12, 2011

Poskad dr Our Journey Begin..TAHNIAH!!..

1stly mr.mama nak ucapkan '1st Blog Anniversary' untuk NIEZA@Our Journey Begins. Semoga kita sama2 dapat berkongsi bukan saja resepi masakan malah info2 resepi kehidupan yang berguna dan membina. Semoga lebih gigih dalam dunia berblogging. Selamat Maju Jaya dari mr.mama n family buat NIEZA N FAMILY..
...AMIN...



Monday, April 11, 2011

Sambal Tumis Sotong

Malam nie mr.mama masak simple saja, sesuai la untuk lapik perut untuk esok pulak. Malam2 mr.mama kureng sikit nak makan berat2 ni, masak pun untuk wife ngan anak2 saja. Mr.mama makan la secubit dua buah rasa orang kata. Mata pun dah separuh tutup dah nie apa kata mai la kita tengok n Selamat Menjamu Mata..... .


Bahan-bahan :
  • 1/2 kg sotong - bersih dan toskan
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 1/2 inci belacan - dikisar
  • 15 tangkai cili kering - rebus dan dikisar
  • 1 cawan air
  • 1 sudu pes asam jawa adabi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar, masak hingga garing
  2. Masukkan sotong dan air masak hingga mendidih.
  3. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa, kacau sebati.
  4. Masak hingga pecah minyak.
  5. Kacau balik-balik, biar mendidih sebentar dan boleh matikan api.
  6. Sedia untuk dihidangkan.




Nasi 'Carrot'.......

Salam 1 Malaysia semua......
Hari ni mr.mama nak share satu resepi yang boleh dikatakan berkhasiat. Apa dia???.... Ya betul... 'Nasi Lobak Merak' kata orang melayu. Mr.mama buat ni dua hari lepas. Mr.mama ambil resepi ni dari Chef yang terkenal iaitu 'Chef Hanieliza' dalam buku 'Senangnya Memasak'. Mmmm....memang ada ummmp, mr.mama regukannya dengan menu yang berkhasiat jugak iaitu 'Ayam Bakar'. Kalau dah tak guna minyak tu kiranya jaga kesihatan la tu..... . Cuma ada sedikit derhaka coz mr.mama tukar dari rempah kurma kepada rempah beryani....jangan marah nanti kena jual. Cerita panjang berjela pun tak guna....mai kita pakat2 usharrrrr... Selamat Menjamu Mata....


Bahan A :
  • 6 cawab beras basmati
  • 1 cawan lobak merah
  • 1/2 cawan susu cair
  • 7 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil gula (sekiranya suka)
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Bagi Menumis) :
  • 2 sudu besar rempah kurma - mr.mama x stok jd tukar dgn rempah beryani
  • 5 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 sm halia - dimayang halus
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar - diracik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan masukkan bahan tumis, bawang halia dan daun pandan.
  2. Apabila sudah wangi, masukkan rempah kurma. Kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan air, garam. kiub ayam dan susu cair. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan beras, lobak merah dadu (mr.mama guna sagat aja) dan daun ketumbar.
  5. Masukkan bahan tumis kedalam periuk nasi dan biarkan masak seperti nasi biasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

SUMBER
Chef Hanieliza


Sunday, April 10, 2011

Awards From Love & Izah ......


Tima kaseh banyak2 la ya, terharu dapat AWARDs dari rakan2 blogger masakan, kiranya boleh di panggil OTAI2 la jugak..... . Semoga persahabatan kita semua akan lebih erat walaupun dalam MAYA........ TERIMA KASIH SEKALI LAGIIIIIIIIIIII....

Award dari Love2Cook

Award dari Izah Muffin Lover


Huh........!!! Lagi Lagi Lagi Lagi Lagi....


Untuk kesekian kalinya kek ni mr.mama buat, kena ikut la kuasa2 VETO kat umah yang kecik2 tu.......asyik sebut nak kek...nak kek....nak kek cang... . Jadi kena la buat, mr.mama kluaq p beli pisang wife settle apa yang patut la... . Nak cerita panjang2 pun dah tak laku dah, banyak kali sangat dah buat ni.... Mai tengok ja la....

sumber asal : kak hanaNoorsha
sumber copy : izahdaut

Bahan-bahan
  • 200g pisang berangan - dilecek 
  • 180g tepung kek  
  • 150g gula halus
  • 3 biji telur ayam
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1/2 sudu teh esen pisang
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas ~ bancuh jadikan pes

Cara-cara
  1. Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  3. Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  4. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.






Udang Mentega Nestum

Dulunya nestum ni baby2 saja yang makan, mak bapak depa pula makan udang tu...tapi la ni udang dengan nestum sekali mak bapak depa makan...kakakakaka.... . Al-kisahnya mr.mama masak menu ni 2...3 hari lepas time makan malam, uiiii..... patut la budak2 suka makan nestum .....SEDAP. Mr.mama ambik resepi ni kat My Resepi, tuan empunya menu ni zerra. Tima kaseh sudi berkongsi resepi ni dengan semua yaaaa.... . Minta izin la kopi n pes nooooo..... . Selamat Menjamu Mata...


Bahan-bahan :

  • 1kg udang basah (saiz sederhana besar) - mr.mama buat 1/2 kg saja
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan nestum
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 biji telur

Cara-cara :


  1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
  4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum. Sedia untuk dihidang...





Saturday, April 9, 2011

Nda Ingat Suda Bah!!....

Lama betul mr.mama dok peram 'award' ni, sampai dah terrrrrrlupa sesangat. Blogger yang bagi kat mr.mama pun dah tak ingat. Minta maaf la ya....lupa sungguh2 nie. Apa2 pun TERIMA KASIH coz sudi bagi kat mr.mama awards ni..... .
Nak pasing kat orang pun dah rasa cam BASI kaw2 dah...
So, nengok2 saja la yeeee......


Payah Nak Jumpa......


Ahhh.... Lega baru mandi lepas p jogging tadi ngan family. Asalnya tu nak pegi yang dekat umah tu ja, tapi wife ajak pegi Perdana Park coz kat situ selesa sikit. Kat situ selain daripada ada Musical Fountain, playground, jogging track dan macam2 lagi CUMA ada 1 saja yang mr.mama rasa tak ada atau jarang sesangat ada. Apa dia????.... 'FREE PURIFIED DRINKING WATER' . Walaupun air kosong la senang cakap kan. Korang nak minum berapa banyak pun korang boleh...hahahahaha.... . Jadi senang la sikit tak yah bawa bekal dari umah.... . Seround jogging 1 cup..kalau dah 10 round, tak ka kembung perut hehehehehe... .







Jom..Jom......

From Pakcik Google
Masak...masak juga, makan pun makan jugak TAPI kesihatan kena la jaga tambahan lagi umur macam mr.mama ni dah lewat 30an. Dah nak gerak p Taman Rekreasi Ujana. Cau dulu.....
MAi  PaKat2 jAga KesiHaTAn........... 
n3 masakan menyusul lepas JOGGING...


Friday, April 8, 2011

AWAS !!!!!......

Alhamdulillah sihat semua rasanya ya pada Hari Jumaat nie. Mr.mama rasa terpanggil untuk nak kongsi info tentang isu yang baru meletup iaitu 'TELUR TIRUAN' dari China kalau tak silap mr.mama la. Ada la mr.mama dok search kat GOOGLE so dapat la sikit maklumat yang mr.mama nak share dengan semua. Macamana nak bezakan 'TELUR ORIGINAL' dengan 'TELUR TIRUAN', mahu pun yang masih mentah atau rebus.. .

TELUR REBUS




Yang 'tiruan' ada selaput di antara telur putih dan kuning dan yang 'ori' TIADA














TELUR MENTAH

Nampak bezanya kan..kan..kan
Sumber Gambar : Ehsan Google


Ada Brani ??......






Amacam ada brani ka nak sahut cabaran...hehehehe.... . Mr.mama ni baru sebulan jagung tak cukup syarat lagi rasanya...kakakakaka... . Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya ALLAH yang tahu. Tak rugi mencuba terutama OTAI2 blogger masakan...tak gitu. Yang mana yang pandai bab deko2 ni memang sesuai sangat la masuk tu. Semoga Berjaya la buat sapa2 yang ada pasang niat nak mencuba.
 Nak tahu lebih lanjut klik ja Master Chef Malaysia


Thursday, April 7, 2011

Kerutuk Ayam


Last week wife mr.mama beli 2 paket rempah kerutuk Adabi, belek p belek mai oooo...ada resepi kat belakang paket tu. Stok ayam ada, mr.mama terus ja follow sejibik resepi tu nak tengok sedap ka tak....cuma mr.mama add la telur rebus 2..3 bijik. Settle ja masak belum pun sempat masuk dalam mangkuk terus ja ambik nasi putih tapau ayam kerutuk kat atas nasi tu. Rasa punya rasa uuuuuiiiiiii... sedap jugak..hehehehe.... . Boleh buat lagi la kalau macam ni tapi ingat2 tu nak cuba guna daging pulak, rasanya mesti sedap lagi coz ayaq daging tu maniskan...mesti kawwww lah. Korang cuba la memang holiauuuu.... . Mai tengok mai n Selamat Menjamu Mata......


Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk Kerutuk Adabi
  • 15 ketul ayam
  • 1 cawam minyak masak
  • 80 gram atau 2 sudu besar kerisik
  • 300ml atau 1 1/4 cawan santan pekat
  • 2 batang serai - ditumbuk
  • 1 sudu kecil pes asam jawa X-tra Adabi
  • 2 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan A :
  • 10 biji bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang  putih - dikisar
Bahan B :
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci lengkuas - dikisar

Cara-cara :
  1. Bancuh Rempah Kerutuk Adabi dan Bahan A dengan sedikit air untuk di jadikan pes.
  2. Kemudian panaskan minyak.
  3. Setelah minyak panas, tumiskan Bahan B bersama serai.
  4. Setelah berbau wangi, masukkan bancuhan rempah dan tumis sehingga pecah minyak. Tumis selama 10 hingga 15 minit.
  5. Kemudian masukkan ayam, kerisik, santan pekat, pes asam jawa, air, gula dan garam secukup rasa.
  6. Masak sehingga pekat.
  7. Sedia untuk dihidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...