Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Saturday, February 12, 2011

Nasi Ayam Goreng

Copy dari : Dari Dapur MadihaA
Sumber : meh jah (copy dari midza)

Ha...ha...ha...tiba turn blog MadihaA untuk mr.mama teroka dan menjadi blog cnp pilihan dari mr.mama. Hari cuti ni kiranya sarapan pagi di tunda...teruih ja makan tengahari. Terus ja makan berat...safe...safe....He3x. Kat K.Kinabalu hari ni hujan memanjang dari pagi tadi sampai la sekarang tak dak tanda2 nak berenti... . Matahari mogok hari ni agaknya, kuasa ALLAH tak boleh di sangkal2 lagi..... . Berbalik pada n3 today tqsm la buat MahihaA coz berkongsi resepi yeee. Memang menjilat jari sampai ke lengan la rasanya tu. Mr.mama cuma tambah 1 menu lagi, apa dia???...kalau nak kena 'guu' dengan nasi nie mestilah kerabu timun...baru ada uuummpppp..... . Mr.mama tak tambah pun pinggan cuma tambah nasi ja...hehehehe.... SEDAP.... . Selamat Menjamu Mata....


Bahan-bahannya:

Bahan untuk ayam :
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul) - mr. mama guna drumstik 12 ketoi
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*

Caranya :
  1. Ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  2. Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi :
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga - mr.mama xletak, xde stok
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Sedikit kiub ayam
  • Sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air - mr.mama guna 4 cawan air
  • 1/2 cwn susu cair - mr. mama guna 1 cawan susu segar
  • Sedikit minyak
** Sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) -mr.mama guna 1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu minyak

Hah...ni mr.mama buat untuk tambah kepedasan sikit..He3x...
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 4 cawan air.
  3. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.  masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)


4 comments:

  1. mas pun selalu buat nasi ayam goreng ni...
    sedapp kan mr mama...

    ReplyDelete
  2. Assalam Mr Mama,
    Uwaaaa...makan sedap arini....mmng sedaplah nasi ni, akak pun dah pernah cuba nasi ni...satu family suka...berbaloi kan..

    ReplyDelete
  3. Mas : betul la mas, sekali cuba rasa nak buat lagi nanti.

    Yatie : Ya la akak...memang berbaloi...anak2 mr.mama pun pulun x hengat...

    ReplyDelete
  4. mmg sedap nasi ni.. anak2 suka sgt.. cik abg?? lg la suka hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...