Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, February 14, 2011

Roti Prune MG@DTS

Ketaq tangan mr.mama ni, pasai apa??... Sebab hari ni mr.mama godek2 kt blog paling famoussss dalam dunia masakan nie merangkap idola mr.mama, tak lain tak bukan blog en.MATGEBU  dari Dapur Tanpa Sempadan selain dari bro BA kita la. Tumpang lalu ya MG...hehehehe.... . Mr.mama nak kopi n pes sikit nooo... . Jatuh hati nengok roti tu tertenggek kat atas pinggan yang cantik tu, terpanggil untuk mencuba la pulak. Memang sempoi lah...macam2 rasa ada dalam bun prune nie. Mai la tengok hasil dari mr.mama.. . Selamat Menjamu Mata...

pst : amcam ok kan??...tak la secantik macam sifu MG...... 1st time la katakan.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram tepung roti
  • 70 gram tepung gandum
  • 6 gram instat yeast
  • 1 camca besar susu tepung
  • 30 gram gula halus
  • 50 gram mentega
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softener
  • 130 ml air
  • 70 ml whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
  • 100 gram prune, hiris kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga lembut dan anjal, jika melekat tabur sedikit tepung. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik, biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan on, biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh tadi pada 10 bahagian. Ambil satu dan bentukkan bulat seperti bola, susuh dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap.
  3. Perap 45 minit hingga kembang. Bakar dalam oven yang telah dipanasan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan roti dari oven dan sapu mentega atas permukaannya. Kalau suka boleh tabur sedikit gula halus..



6 comments:

  1. amboii..gebunya roti..
    geramm mas tengok...
    nk seketoi..he...he..

    ReplyDelete
  2. tersangat lah gebusnya bun tu mr mama... pandai dah meroti :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Wow 1st time hasilnya mcm gini, kalu 2nd time nanti mesti gedeboom punya. Hajat dihati nak meroti malam ni sbb esok cuti. Adakah akan tertunai? Tunggguuuuu....

    ReplyDelete
  4. wa 1st time pun menggebu mmcm tu..saya dulu 1st time campak didnding..dinding tu yang retak..hehee

    ReplyDelete
  5. Mas : nak seketoi...mr.mama up jadi 2 ketoi

    K.Nor : boleh la akak...saya budak baru belajar..

    Kak Sam : Insyallah....kalau dah berhajat tu kena buat tu....hehehe...

    izahdaut : mak aii...betul ka...hehehehe....

    ReplyDelete
  6. Tu dia... mr mama dah mula meroti....Lepas ni ketagih nak meroti la pulak agaknya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...