Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Sambal Tumis Sotong

Malam nie mr.mama masak simple saja, sesuai la untuk lapik perut untuk esok pulak. Malam2 mr.mama kureng sikit nak makan berat2 ni, masak pun untuk wife ngan anak2 saja. Mr.mama makan la secubit dua buah rasa orang kata. Mata pun dah separuh tutup dah nie apa kata mai la kita tengok n Selamat Menjamu Mata..... .


Bahan-bahan :
  • 1/2 kg sotong - bersih dan toskan
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 1/2 inci belacan - dikisar
  • 15 tangkai cili kering - rebus dan dikisar
  • 1 cawan air
  • 1 sudu pes asam jawa adabi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar, masak hingga garing
  2. Masukkan sotong dan air masak hingga mendidih.
  3. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa, kacau sebati.
  4. Masak hingga pecah minyak.
  5. Kacau balik-balik, biar mendidih sebentar dan boleh matikan api.
  6. Sedia untuk dihidangkan.




Sunday, January 30, 2011

Sambal Sotong "Sinar Kehidupanku"

1stly tima kaseh la Yatie @ Sinar Kehidupanku coz banyak mengeluarkan resepi2 yang menjadi pililhan mr.mama untuk di kopi n pes...He3x... . Mmmm...sebelum terlupa mr.mama nak ucapkan TAHNIAH buat Yatie Sinar Kehidupan coz beliau punya follower dah mencecah 1K oooooo....., banyak tu. Hoyeee...hoyee...Syabas Betee... . Ok berbalik pada n3 hari ni tema dia sotong plak..., request anak pompuan mr.mama suruh buat yang tak pedas2 punya. Terjah punya terjah maka terkeluaq la n3 nie untuk semua. Mai la jengok n Selamat Menjamu Mata..


Bahan-bahan :
  • 1 kg sotong - potong bulat
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 10 ulas bawang merah - kisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu besar gula melaka/brown sugar
  • 2 sudu besar air asam jawa pekat
  • 4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • 1 labu bawang besar - potong bulat

Cara-cara :
  1. Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng sebentar, angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari.
  4. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak.
  5. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam.
  6. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering.
  7. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi.
  8. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat.
  9. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.
  10. Siap dan boleh dihidangkan.


Friday, January 21, 2011

Sotong Masak Lada Hitam







Get ISLAMIC-Graphics


 

Lagi pedas lagi ummmpp, lagi kick...... . Sama la macam n3 mr.mama ni. Yang sebenornya resepi ni semalam punyeee, mr.mama regukan dia dengan telur dadar udang (post semalam). Resepi2 yang ada unsur2 black pepper adalah salah satu dari kegemaran mr.mama. Kalau makan kat luar pun sama mesti order spesis adik beradik black pepper ni.... . Resepi ni mr.mama ambil dari buku resepi yang di keluarkan oleh chef yang sangat di kenali ramai, sapa lagi kalau bukan 'Chef Hanieliza'. Nama buku tu "Senangnya Memasak... Makanan Laut" resepi pilihan 23. Dalam proses nak beli buku '1 Hari 1 Resepi ' pulak..... Ok... Selamat Menjamu Mata....


Bahan A :
  • 300 gram sotong - dipotong kecil
  • 1 labu bawang besar - dipotong gelang
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 biji tomato - dipotong 4
  • Daun bawang - dipotong 1 inci
  • Garam - sekiranya perlu
Bahan B (Bagi Menumis) :
  • 3 ulas mawang merah
  • 2 ulas mawang putih
  • 1 tangkai cili merah
    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
    2. Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam.
    3. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato.
    4. Tutup api dan taburkan daun bawang.
    5. Sedia dihidangkan.



      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...