Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Irish Cookies


N3 cookies ni resepi daripada makcik my wife yang terkenal di kampung dengan pelbagai jenis biskut bila menjelang aidilfitri. Salah satu daripada yang terkenal tuu..hi haa....kat bawah ni... mr.mama ada adjust sikit ikut stok bahan yang sedia ada di rumah....... . Sepatutnya bentuk asal tu bentul 4segi tepat, main dengan benda tak dak terpaksa la tukaq dengan apa yang ada. Nk post semalan tak lepas, mata nak buka pun kena tongkat dengan mancis....hahahaha...ngantuk kaw2 punya. Jadi terpaksala pospone untuk hari nie, tu pun lewat gak...kakakaka... . Apa2 pun mai pakat tengok apa sudah jadi... Selamat Menjamu Mata....


Bahan-bahan : 
  • 200 gram butter 
  • 100 gula halus 
  • 1 biji kuning telur 
  • 1 sudu esen vanilla 
  • 1 sudu kecil esen kopi 
  • 1 sudu kecil Nescafe + 1 sudu air
  •  270 gram tepung gandum 
  • ½ sudu teh baking powder 
  • 50 gram conflakes (blend halus) 
  • 100 gram tepung ubi kayu 
  • 50 gram coklat rice - (mr.mama ganti coklat chip)
Hiasan: 

  • Gajus – dipanggang (mr.mama ganti badam & love tib)
  • Kuning telur
Cara-cara : 
  1. Sediakan mangkuk besar, masukkan butter, gula halus dan kacau sebati.   
  2. Masukkan kuning telur, esen vanilla, esen kopi, nescafe dan kacau sebati. 
  3. Masukkan baking powder dan tepung gandum, dan tepung ubi, gaul sebati menjadi doh. 
  4. Masukkan conflakes, uli doh hingga betul2 sebati.   
  5. Masukkan coklat rice, uli perlahan supaya coklat rice tidak hancur.
  6. Terap ikut acuan yang sesuai.
  7. Sapukan kuning telur dan hias dengan gajus.
  8. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170 darjah celcius.


Thursday, February 17, 2011

Biskut @ Cookies


Adunan dah buat semalam, baru settle hari ni. Macam2 dugaan...maklumlah baru mencuba, tu yang nampak macam terbantut sikit cookies ni..... . Cookies ni dah tentu la menjadi pujaan hati anak2 tak gitu...... . Mr.mama buat 2 adunan banyak sikit, kalau buat sikit tak sampai sehari dah clear dengan anak2 mr.mama. Terpandang kat blog TTM jadi ambik keputusan ON saja. Tima kaseh ya TTM coz berkongsi resepi ni ya. Minta izin tuan empunya resepi untuk mr.mama kopi n pes ya.... Tq..tq...tq. . Sekali pandang macam chipsmore...dua kali pandang NO more la jawabnya..kakakakaka.... . Cakap panjang tak mau mai kita tengok... Selamat Menjamu Mata.....

Sumber : TTM


Ingredients:  
  • 220g butter 
  • 100g white sugar 
  • 80g brown sugar 
  • 1 egg 
  • 150g flour,sifted 
  • 100g rice flour (tepung beras) 
  • 100g custard powder 
  • 1 1/2 teaspoon baking powder 
  • 5g cocoa powder 
  • A pinch of salt

How to make:
 
  1. Cream butter and sugar until well blended. Add in egg. Mix some more. 
  2. Add in dry ingredients and mix in thw mixer for 1 min or so. Stop the mixer and mix some more using spatula or wooden spoon.
  3. Divide into 3 even portions to make Double Chocolate,Chocolate Chip and Butter Pecan cookies.
  4. Here are the extra ingredients to make 3 types of cookies:

For Double Chocolate Cookies:
  • 30g semi sweet chocolate ships ( I like Hershey's ) 
  • 50g crushed walnuts - mr.mama ganti dgn badam cincang
  • 15g cocoa powder
  • Add in the extra ingredients into 1 of the divided portions and mix well. Wrap in saran wrap and refrigerate overnight.

For Chocolate Chip Cookies:
  • 30g semi sweet chocolate chips 
  • 50g crushed walnuts/almonds - mr.mama ganti dgn hazel nut
  • Add in chocolate chips and nuts into dough and mix well.Wrap in saran wrap and refrigerate overnight.

For Butter Pecan Cookies: (** mr.mama x buat yang nie)
  • 30g semi sweet chocolate chips 
  • 50g pecans
  • 20g butter 
  • 2 tablespoons Butter Caramel Sauce
  • 1 tablespoon flour  
  1. Sauté pecans in melted butter on a small saucepan until the butter turns slightly brownish. Remove from heat. Take out pecans and crushed it into smaller bits and pour in remaining butter into cookie dough. Add 2 tablespoon of butter caramel sauce and flour. Mix well.Wrap in saran wrap and refrigerate overnight. 
  2. Before baking, take out the cookie dough from the refrigerator and let it stand in room temperature for 10-20 minutes ( or until the dough is not too hard ). Spoon out dough to make small potions of about 10-15g per cookie and arrange on cookie sheets. Baked in a preheated oven (180 Degrees ) for 10-15min per batch/tray.
Makes about 80-90 cookies.


Thursday, January 13, 2011

Jejari Ke Hati.......


Assalamualaikum semua.....
Amacam pagi ni?....Sihat ka?....Dah shoru??.... . Mr.mama...alhamdulillah dah kenyang. Sepatutnya n3 ni nak post pukul 6 tadi, tp dok khusyuk nengok 'Tanya Asyraf' kt Astro Oasis tadi pasal laman sosial facebook dgn twitter la apa lagi..... . Korang semua mesti ada facebook kan...kan....kan...? . Banyak juga la benda2, perkara2 yang kita terlepas pandang termasuk mr.mama sendiri tak perasan dan tak sedar kalau terrrrrrlampau taksub sangat boleh memudaratkan. Ustaz tu kata boleh berfesbok cuma gunakanlah sebaik mungkin, jangan sampai terpesong la pulak noo.... . Insyallah...



Berbalik pada n3 pagi ni, semalam mr.mama n wife buat biskut yang bernama 'Biskut Jejari Oat'. Yang masalah tu cari punya cari tak jumpa acuan yang bentuk panjang2 tu....ahhh...macamana nak buat nie....... . At last terpaksa la guna acuan bentuk hati ja....janji rasa sama...hehehe... . Tu yang tajuk post 'JEJARI KE HATI' tu..... . Selamat Menjamu Mata.......


 BISKUT JEJARI OAT

Bahan A :
  • 170 gram mentega
  • 2 sudu minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan gula kastor
Bahan B :
  • 1 1/2 cawan tepung superfine
  • 2 cawan oat
  • 1/2 cawan nestum
  • 1/2 cawan serbuk koko
 Bahan C :
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/4 cawan gula ising
Cara:
  1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk, pukul hingga sebati guna spatula.
  2. Masukkan semua bahan B, gaul sebati hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap ikut acuan kegemaran.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskandengan suhu 150 darjah celcius selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  5. Biarkan sejuk seketika, celupkan biskut dalam campuran susu dan gula ising dan simpan dalam bekas kedap udara.


Monday, January 10, 2011

1st Trial.........


Assalamualaikum......

Lambat n3 mr.mama hari ni, td out stesen hehehe....ada hal sikit nak settle. Alhamdulillah siap jugak akhirnya, berbalik kepada n3 hari nie.... . Jom....Jom.... buat biskut.....ni projek malam tadi...sambil2 mr.mama tengok santau kt astro citra berselang seli dengan muzik2 kt tv3 sambil2 tu jugak buat biskut nie..... 1st time...1st trial.... so buat la biskut yang very very the basic... boleh jugak buat kunyah2..lagipun my little hero suka makan biskut...hari2 mintak... jadi pikir2 bagus try buat sendiri dari dok beli biskut TIGER 1 bungkus selang sehari  kat servay tuu...


Biskut nie resepi cousin my wife...so ada dalam koleksi buku resepi my wife..... lepas bagi anak tido my wife pun start bancuh adunan dan mr.mama canai dan terap.... so apa yang penting 'kerjasama' mcm kat wonderpets tuu..ha..ha..ha.  Jom layan biskut di sini............. . Selamat Menjamu Mata....



BISKUT MILO

Bahan-bahan :
  • 1 1/2 cawan tepung kek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan MILO
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji kunig telur
  • Coklat rice -untuk hiasa
  • Putih telur - untuk hiasa
Cara-cara :
  1. Masukkan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila dalam mangkuk, kacau sebati.
  2. Masukkan tepung kek, tepung gandum dan milo, gaul sebati menjadi doh.
  3. Canaikan doh setebal lebih kurang 5mm, terap ikut acuan kegemaran, susun dalam dulang pembakar.
  4. Sapu putih telur dan letak coklat rice.
  5. Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...