Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, February 17, 2011

Ikan Masak Lada Ala Melaka

Dalam kekeringan idea nak masak apa...mr.mama terjumpa la idea kat blog Anymz. Terima kasih pada tuan blog sebab bagi idea dan resepi enak untuk sajian kami sekeluarga. Mr.mama ada adjust sikit bahan ikut citarasa mr.mama dan cara masak tuu mr.mama ubah pasal urat malas/baloq dah timbul kt belakang badan la katakan.... Resepi asal boleh tengok kat sini.. . Minta izin cnp ye kak anymz dan terima kasih.

Sumber asal : majalah saji

Bahan-bahan :
  • 4 ketul ikan putih
  • 20 biji cili kering -rebus dan kisar
  • 1 labu bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam - dikisar
  • 1/4 inci belacan - dikisar
  • 1/4 sudu teh kunyit serbuk
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • Sedikit gula dan garam
  • 2 cawan air
  • 1 biji tomato - dibelah 2 atau 4
  • 5-6 biji bendi - xde stok, so xletak la...
Bahan tumis :
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih -dimayang
  • 1/4 inci halia -hiris nipis
  • 1 sudu teh halba
  • Sedikit minyak

Cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk tumis semua bahan tumis hinnga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan kisar dan goreng sebentar kemudian masukkan rempah ikan, serbuk kunyit dan masak seketika.
  3. Masukkan air, pes asam jawa, masak hingga mendidih dan pecah minyak.
  4. Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ikan dan biar hingga masak.
  6. Boleh masukkan bendi jika suka.
  7. Biar mendidih sekejap dan sedia untuk dihidangkan.


6 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Nampak cam best je. Pedas tak gulai ni?

    ReplyDelete
  2. assalam mr mama.terima kaseh kerana sudi mencuba..sedap kan masak lauk begini..kalau akak seisi rumah memang suka yang pedas2.rasa lada hitam tu memang sedap betul..biarkan semalaman esok pagi2 boleh buat cicah dgn roti..
    mmmm..esok nak buat lah

    ReplyDelete
  3. sedapnya! lapar pula mlm2 singgah sini...nanti singgah ambil award yer mr.mama:)

    ReplyDelete
  4. Kak Sam : Waalaikumsalam.....bagi mr.mama ok...sedap...

    anymz : Waalaikumsalam.....sedap la akak,kuah dia cicah dengan roti memang masyuk lah...

    Nieza : Tqsm, nanti mr.mama bawa lori p ambik ya...hehehe...

    ReplyDelete
  5. assalam mr mama.rajin nyeee...nanti mokwo buat lempeng mokwo nak masak cam nih lah!! asik lauk kari dah boring..

    ReplyDelete
  6. waa ! sedapnya, tp sayang kat sarawak susah nak cari masakan semenanjung camni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...