Bahan-bahannya:
Bahan untuk udang :
- 1/2 kg udang sederhana besar
- 2 sudu kecil garam*
- 1 sudu besar serbuk kunyit*
- 1 sudu besar rempah kari*
Caranya :
- Udang di potong kepala(potong separuh ja kepala tu baru rasa manis tak hilang), bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
- Setelah siap, angkat udang dan ketepikan dahulu.
Bahan Utk Masak Nasi :
- 1 sudu rempah kari
- 1 inci halia-tumbuk kasar
- 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
- 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
- 1/2 labu bawang besar-potong dadu
- 2 inci kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga - mr.mama xletak, xde stok
- 3 kuntum bunga lawang
- Sedikit kiub ikan bilis
- Sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
- 2 bay leaves/ daun ketumbar
- 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
- 4 1/2 cwn air - mr.mama guna 4 cawan air
- 1/2 cwn susu cair - mr. mama guna 1 cawan susu segar
- Sedikit minyak
Cara-Caranya:
- Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
- Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 4 cawan air.
- Susunkan udang yang sudah digoreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ikan bilis dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak. Masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMr mama kurier 5kg udang ke penang boleh tak? Jeles le tengok udang2 kat sini.
sedappnya nasimgorengn udang...
ReplyDeletetengok udang pun dah terliur..besarnya..
kretip2 :)
ReplyDeletemmg belah KK murah dgn seafood kan..
makkk aaiihhh..tergodanyerrr nengok udang tuh berposing...
ReplyDeleteKak Sam : Nanti sy balik raya bleh la order...hehehe....
ReplyDeleteMas : Yang besar tu baru rm20/kg....mmg murah.
Kak Nor : betul tu akak...beza banyak la kalau nk dikira dengan semenanjung...
HaSue : nak ka??...sila la...sila