Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, February 3, 2011

Sambal Tumis Ikan Talang Masin

Hari ni mr.mama and wife masak menu tengahari awai coz wife ada kerja skit kat opis dia, jadi nak bawa pi opis sama. Menu kegemaran wife plak..apa lagi senyum sampai ke telinga.... . Wife rendam dulu semalaman, kalau tak pakat2 kena darah tinggi la ceritanya. Bila dah rendam tu makan pun laju la sikit...tak gitu ?. Buat dengan nasi lemak sama baru masuk kategori. Huh...tak dan sampai tengahari ikan masin tinggal 2 ketui, nasi pun tinggai sejemput ja. Lepas la beda anak2 mr.mama. Selamat Menjamu Mata.....
 
Bahan-bahan :
  • 350 gram ikan talang masin - dipotong kiub
  • 4 biji telur - direbus
  • 20 biji cili kering - direbus dan kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 1/2 inci belacan - dikisar
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
** mr.mama rendam ikan talang masin dengan air garam semalaman untuk mengurangkan masin.


Cara masak :
  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar, kacau sebati.
  2. Masukkan gula dan garam, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan talang masin yang telah digoreng.
  4. Masukkan pes asam jawa dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau sebati biar hingga mendidih.
  5. Telur rebus tu menu tambahan la kiranya.....
  6. Siap untuk dihidangkan.


3 comments:

  1. wah... nice blog...

    i like it... delicious... hehehehe....

    thank for visit my blog and become follower...

    ReplyDelete
  2. makan ngan pulut atau nasi lemak memang besttt ni....
    sedappnya...

    ReplyDelete
  3. Salam ...tumpang...kalu sesiapa nak try sambal strawberry ikan masin bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com.nyum². 100% produk bumiputera muslim TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...