Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, February 10, 2011

Roti Lembut JMC

Roti meroti lagi mr.mama malan ni, saja nak kurangkan makan nasi waktu malam. Masih lagi dari sifu roti sapa lagi tak lain tak bukan Ros @ Jintan Manis . Roti2 kt blog Ros memang mr.mama n family suka sangat. Dengan gebu, dengan lembut, dengan lemak berkrim semua cukup la. Terima kasih kerna berkongsi resepi ya...Minta izin mr.mama cnp ya..... . Anak2 mr.mama antara peminat no.1 roti2 dari blog Ros. Mai pakat2 kita tengok ya.... Selamat Menjamu Mata....

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam
* Untuk gliss*
  • Baki telur + 2 sudu besar susu
  • Resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

Cara-cara untuk membuat water roux
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.


5 comments:

  1. amboi mr.mama sejak ada mr.bm semakin rancak meroti no...bagus-bagus...ada kemajuan...hehe btw nampak gebus roti ni sedap ni cicah kari.Tapau 2 ketoi..hehe

    ReplyDelete
  2. amboiii..gebunya roti...
    geram mas tengok...
    bak 4 ketoi...he..he..

    ReplyDelete
  3. keh keh.. kak mas 4 ketoi je mana ckp,
    mintak la byk sket..

    memang gebu la roti nih. :P

    ReplyDelete
  4. gebusnyer!! qiha, tak baik tamak2.. akak nak 5 ketul jer, cukup laa.. hihihihii

    ReplyDelete
  5. salam..nk tya..water roux tu utk apa? apa bezanya kalau xdak water roux? tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...