Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, February 21, 2011

Nasi Udang Goreng


Nie haaa...resepi malam semalam tak sempat nak post, pagi nie baru la ada free sikit DAN Minta maaf ya MadihaA, mr.mama memandai-mandai dalam kata kata lain menderhaka ja ubah resepi ni dari "Nasi Ayam Goreng" yang penah buat kat sini  kepada "Nasi Udang Goreng". He3x..... . Maklumla kat K.K ni udang lagi murah n fresh dari ayam. Rasa boleh tahan..kiranya dalam kategori sedap la kira-kiranya. Masyuk la dengan tekak mr.mama's family. Mari2 la pakat2 mai tengok ye.... Selamat Menjamu Mata...

Bahan-bahannya:

Bahan untuk udang :
  • 1/2 kg udang sederhana besar
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*


Caranya :
  1. Udang di potong kepala(potong separuh ja kepala tu baru rasa manis tak hilang), bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  2. Setelah siap, angkat udang dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi :
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga - mr.mama xletak, xde stok
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Sedikit kiub ikan bilis
  • Sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air - mr.mama guna 4 cawan air
  • 1/2 cwn susu cair - mr. mama guna 1 cawan susu segar
  • Sedikit minyak
** Sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) -mr.mama guna 1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu minyak

Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 4 cawan air.
  3. Susunkan udang yang sudah digoreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ikan bilis dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak. Masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)


5 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Mr mama kurier 5kg udang ke penang boleh tak? Jeles le tengok udang2 kat sini.

    ReplyDelete
  2. sedappnya nasimgorengn udang...
    tengok udang pun dah terliur..besarnya..

    ReplyDelete
  3. kretip2 :)

    mmg belah KK murah dgn seafood kan..

    ReplyDelete
  4. makkk aaiihhh..tergodanyerrr nengok udang tuh berposing...

    ReplyDelete
  5. Kak Sam : Nanti sy balik raya bleh la order...hehehe....

    Mas : Yang besar tu baru rm20/kg....mmg murah.

    Kak Nor : betul tu akak...beza banyak la kalau nk dikira dengan semenanjung...

    HaSue : nak ka??...sila la...sila

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...