Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, February 16, 2011

Ikan Bawal Sweet Sour

Antara spesis ikan yang susah nak dapat kat K.K, kalau kat semenanjung rasanya berlambak.... .  Kalau kat pasar K.K ada lebih kurang 30 lot orang jual ikan, tapi yang ada jual ikan bawal setakat yang mr.mama dok tengok tu cuma ada 1 tempat ja. Hairan bin ajaib bin pelik rasanya... . Harga tu jangan tanya la sendiri mau ingat, tapi apa bleh buat teringin punya hal....ambik la sekoq dua habuan lepas mengidam...haha..kakakaka.. . Kalau nak kira fresh tu memang tak masuk dalam kategori dah la.... Dah la tu nanti marah tokey ikan kalau dia baca nie... . Selamat Menjamu Mata......

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit, goreng dan ketepikan.
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - dihiris panjang
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos lada hitam
  • 1 biji lobak merah - dipotong dadu
  • 1/3 timun - dipotong dadu
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula atau madu

Cara-cara :

  1. Ikan yg dilumur garam kunyit tadi digoreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos lada hitam. Kacau. Masukkan tomato, lobak merah dan timun. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. 
  5. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi. Sedia untuk ngap......
MENU SAMPINGAN...
Ikan Bilis Celup Tepung


5 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Simple & sedap. Betul tak mr mama?

    ReplyDelete
  2. wa..tangkap leleh aaa..
    ah lama nak masak bawal macam ni..tp belum berani la..

    ReplyDelete
  3. mas pun suka ikan bawal masak sweet sour ni...
    sedappnya..

    ReplyDelete
  4. Kak Sam : Betul tu Kak..memang best.

    Nora : Cuba la akak...senang dan sedapppp..

    Mas : Mr.mama sokong...memang sedappp sangat..

    ReplyDelete
  5. waaa....yg ni sy suka sngt...sbb klu xthu buat kan,tgu org kawen blh dpt rse...utk makan damai..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...