Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, February 2, 2011

Donut Yogurt


Sarapan pagi dengan donut yogurt, intai kat dapur Mas..nampak cam sedap, gebu semua cukup so pagi ni try laa.... . Memang sempoi la dengan gebunya, lemaknya...pehhh..., tima kaseh la Izah n Mas coz kongsi resepi ni.. . Laju ja anak2 mr.mama makan lepas 1 nak lagi...nak lagi... He3x... . Selamat Menjamu Mata...



Donut Yogurt
Sumber :  IzahVideojug.com
Sumber : Mas

Bahan-bahan :
  • 250 gm tepung gandum
  • 80 gm gula * Mas,Izah dan mr.mama letak 3 sudu makan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 125 ml plain yogurt
  • 1 sudu besar yis segera * Mas,Izah & mr.mama guna mauripan- bancuh dengan sedikit air suam
  • 20 gm butter dicairkan
  • * Mas,Izah & mr.mama tambah 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • Minyak masak untuk menggoreng
 Resepi asal tidak menggunakan yis. Jika mahu, gantikan yis dengan:
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara :
  1. Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit dan pucat.
  2. Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
  4. Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
  5. Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
  6. Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba! 



2 comments:

  1. wah sedapnya..nampak pun gebus jer donut tu mr.mama..nk tapau 2 ketoi buat breakfast ni...hehe

    ReplyDelete
  2. gebunya donut tu mr mama...
    sedapp kan...
    mas pun suka....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...