Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, December 7, 2010

Gulai Ketam Suri




Perghhh!!!!  Ni feveret  mr.mama....2-3 ekor boleh selesai dengan sekali henjut. He...he...he. Mr.mama suka makan ketam suri sebab kat sepit dia banyak isi. Wife mr.mama la yang masak ni... ketam ni satu ekor dah dekat2 1 kilo tapi mujur la sekilo RM 12.00 aja... tapi mr.mama beli 4 ekor ja.... . Kat sabah nie makanan laut boleh di kategorikan 'murah' dan 'fresh' berbanding dengan sebelah semenanjung, jom layannnnn..... . Selamat Mencuba....

Bahan-bahan :
  • 1 kg ketam suri
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit minyak
Bahan Tumis :
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 1/2 inci halia - dimayang
  • 2 tangkai daun kari

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masuk rempah bersama bahan kisar dan sedikit air, masak rempah hingga pecah minyak.
  3. Masukkan asam gelugor bersama tomato kacau sebati.
  4. Masukkan santan biar hingga mendidih dan masukkan ketam bersama garam.
  5. Bila ketam dah masak, masukkan daun bawang  yang dipotong  ½ inci.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


3 comments:

  1. Assalammualaikum Mr. Mama..
    Akak suke ia gulai ketam ni...makan pulak dgn smbai belacan..hu..hu..terangkatlah...yg x suka memory makan ketam gigi depan akak patah pulak..

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH...

    Sedapnya Ketam Tu....Ingat Pau Suri Jer Yg Ada Rupanya Gulai Ketam Suri Pun Ada....

    ReplyDelete
  3. akak noor zaleha : akak gigir ketam tu ka atau ketam tu yang gigit akak. he3x......


    linrosly : he3x, suri tu nama ketam tu, jadi mr.mama guna la ckit nama dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...