Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, December 17, 2010

Green Tako 'Kak Tun'

Salam Jumaat untuk semua.......
Dah 2 hari rasanya mr.mama tak update blog nie......sebabnya tu sekarang nie mr.mama dok buat "sesuatu". Ada lah projek ciput2 saja. Doa2kan la supaya mr.mama berjaya.....AMIN, tu yang tak sempat nak jengok2 blog sendiri. Baru hari nie settle, balik rumah ja lepas solat teruih buka + buat n3 kat blog nie. Rasa ketagih nak buat n3 plak hahahaha......


Al kisahnya...ada sejarah tercipta dengan 'green tako' ni... nak tahu tak apadia??? 1st time mr.mama makan 'green tako' yang enak ni (yg tak enak byk dah jumpa :), bersepah kat pasar malam..) adalah pada hari pertunangan mr.mama and my wife. ...yang buat green tako ni adalah cikgu masak/ tokey biskut raya/ kek/ puding dll yang terkenal di seanterio kuala ketil ....siapa lagi kalau bukan KAK TUN. Konon2nya my wife pun buat sekali la dengan kak tun green tako tu untuk majlis pertunangan kami (my wife nak tumpang glamer la tu...ahakss).


Ok..sambung balik cite,semenjak kejadian itu hingga lah ke hari ini...for me this is the best green tako yg pernah mr.mama makan dan sampai dah pandai buat....:) ha..ha..ha tu yg mahai tuu...


Bahan-bahan :

Bahan A (Hijau)
  • 35 gram tepung jagung
  • 275 gram air
  • 100 gram gula pasir
  • 5 helai daun pandan
  • 5 biji sengkuang cina - buang kulit dan potong dadu
  • Pewarna hijau
Cara masak bahan A :
  1. Masukkan semua bahan A kecuali sengkuang cina ke dalam periuk masak lebih kurang 10 minit atau hingga berkilat dan perlu sentiasa dikacau.
  2. Masukkan sengkuang cina kacau sebati, matikan api dan boleh dituang ke dalam acuan.
Bahan B (Putih)
  • 25 gram tepung jagung
  • 400 gram santan
  • 1/2 sudu teh garam
Cara masak bahan B :
  1. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk, masak lebih kurang 10 minit sambil dikacau perlahan-lahan sehingga berkilat.
  2. Matikan api dan tuang bahan B ke atas bahan A tadi, biarkan sejuk dan kemudian boleh la didinginkan dalam peti sejuk.   
 Note *** biasanya mr mama buat Bahan Ax3 dan Bahan Bx2 = lebih kurang 25 container.





1 comment:

  1. Salam Mr Mama,
    Cantik menawan kuih tako ni..kuih kegemaranku...wow kuih yg mengamit memorilah kiranya ya...hi3..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...