Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, December 10, 2010

Nasi Kuning


Salam buat semua.....
Selepas mengadap qiblat........solat subuh leeee...... , mr.mama prepare baju melayu dengan kain pelekat untuk solat jumaat nanti. Kat sabah nie kan awal satu jam, jadi lebih senang la prepare awai2 tak payah nak kalut2 nanti, my lovely wife pulak dok mengadap dapur prepare breakfast. Hari nie breakfast mr.mama agak sepesel sikit ' NASI KUNING + SAMBAL IKAN BILIS + TELUR + TIMUN ', ayaq pulak kopi O kaw punya aka KOPI TENOM yang glamer kat sini..... nie kiranya dah cukup 'guu' la kata orang utara. Makan pulak time dok berasap-asap lagi emmmmmm..... sedap siot. Mr.mama lovely wife siap tapau bawak pi opis lagi. Selamat Mencuba.


Bahan-bahan :
  • 4 cawan beras – basuh dan toskan
  • 4 cawan air
  • 2 sudu besar santan
  • 2 sudu besar susu cair
  • 2 ulas bawang merah      - dikisar
  • 2 ulas bawang putih        - dikisar
  • 1 inci halia                      - dikisar                                
  • Bahan tumis – macam biasa la 4 sekawan
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam dan gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar planta
  • Secubit koma-koma direndam  2 sudu besar air panas 
** kat sini ada comtoh koma-koma yang mr.mama guna.


Cara-caranya:
    1. Panaskan minyak sapi + planta di dalam periuk. Masukkan bahan tumis, kacau hinggaa naik bau.
    2. Masukkan bahan kisar, kacau sebati  sekejap masukkan air, santan, susu cair, garam dan gula biar mendidih.
    3. Masukkan beras yang telah ditoskan, kacau sebati.
    4. Masukkan koma-koma,kacau sebati, biar kering kecilkan api.
    5. Tunggu hingga nasi masak, tutup api.


    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...