Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, December 22, 2010

Agar-agar Santan Salju



Salam dr mr.mama buat pengunjung blog nie.....

n3 hari nie bersangkutan dengan 'Operasi' opis wife mr.mama. Ada jamuan kt opis diaorang hari nie, jadi last week depa pakat2 bahagi kerja masing2. Pakat2 kena bawa sorang sikit la tu..... . Wife mr.mama buat 2 jenis hidangan.......agar2 ngan makaroni. Semalam wife termasuk dengan mr.mama sekali bertungkus lumuih buat preparation, kalau buat pagi nie takut tak sompat la pulak. Lewat jugak mr.mama ngan wife tidoq semalam, tapi tak pa LOVE punya pasal. Oppsss...dah kluaq tajuk plak dah.....okey back to the topic. Nie nak crita dulu pasai agar2, agar2 nie wife mr.mama ambik kat blog Yatie atau lebih terperinci klik disini... . Jutaan terima kasih buat Pn.Yatie kerana berkongsi resepi.......mr.mama cnp yee... Pn.Yatie....... Next n3 makaroni......
Selamat Mencuba......


Lapisan Bawah
  • 1 sudu besar serbuk agar2
  • 900 ml air biasa
  • 150 gm gula pasir
  • 1 sudu kecil esen rose
  • Pewarna merah

Lapisan Atas
  • 1 sudu kecil serbuk agar2
  • 100 ml air biasa
  • 400 ml santan
  • 90 gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara :

  1. Masak bahan2 lapisan bawah sehingga mendidih. Setelah siap tuang ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.Sementara itu masak bahagian lapisan atas.
  2. Dalam periuk, masak 100 ml air tu dan masukkan gula serta daun pandan. Masukkan pula serbuk agar2 dan kacau sebati. Masukkan pula santan dan kacau guna api perlahan dan sehingga mendidih.
  3. Setelah siap, cakar2 sikit agar2 lapisan bawah tadi dngn menggunakan pisau, supaya ianya lekat dan tuang adunan atas pula.
  4. Setelah siap, biarkan beku dan letak dalam peti ais. Sedap di makan sejuk.


2 comments:

  1. akhirnya kluar gak agar2 ni....nampak sedapp tu, mesti dah abiss kan....

    ReplyDelete
  2. Mas: mmg sedappp agar2 ni...sejuk ala2 salju kat tekak :) manis pun sedang2 aja dan yng putih rasa lemak2 manis...selanjutnya kena torai la....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...