Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, December 24, 2010

Hirup Pun Sedap.......


Salam dr mr.mama....

Korang dah shoru...ka ?. Kalau tak tu boleh la try2 cuba2 resepi kt n3 nie. N3 lepas2 tu mr.mama guna ikan temenung@kembong tapi kali nie tukar spesis la pulak. Mr.mama guna ikan nyok2 (panggilan semenanjung), kalau di Sabah ni nama saintifik 'Ikan Putih' ahakss...... . Ikan nie kalau fresh (belum kena ais lagi) pehhh.... rasanya manis sangat bukan lah manis cam gula nanti kena diabetes plak........he3x. Apa2 pun selamat mencuba.....

Bahan-bahan : 

  • 5 ketul ikan nyok-nyok
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 labu bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
  • 1 biji tomato
  • 10 biji bendi
  • 2 cawan santan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumis:
  • 1 sudu besar halba campur
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 ulas bawang merah -dimayang
  • 2 tangkai daun kari

Gulai Ikan Nyok-Nyok

Cara :
  1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah yang telah dicampur dengan bahan kisar dan pes asam jawa ke dalam bahan tumis, kacau sebati dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  3. Masukkan tomato dan santan biar sampai mendidih.
  4. Masukkan ikan biar sampai masak, masukkan bendi, bila bendi dah masak boleh tutup api dan dihidangkan bersama nasi putih...


5 comments:

  1. Cecah dengan roti pun sodap ni. :)

    ReplyDelete
  2. mas pun suka masak kari ikan nyuk2...sedapp kan...

    ReplyDelete
  3. salam

    sedapnya..heheh

    follow akak punya blog :D

    ReplyDelete
  4. Kakcik: betoi tu kakcik, mr.mama kadang2 cicah ngan biskut 4 segi.

    Mas: org utara mmg tak boleh lari dari kari...:)

    syira aka sepatu hijau: mmg sedap, pembetulan bukan akak tapi husband kepada akak...:) mr.mama

    fyna: sedappppppppppppp....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...