Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, December 2, 2010

Lamb Chop Putri Bahang 2nd Edition




Malam nie mr.mama and lovely wife tak ada selera nak makan nasi, jenguk2 dalam freeze ada daging kambing 2 keping balance hari tu. Tilik pi tilik mai terus ja masuk dalam oven buat lamb chop. Mr.mama urus daging kambing, wife buat black pepper sos. Resepi ni asalnya terjumpa di blog ayu Singapore  http://curlybabesatisfaction.blogspot.com , seperti kata ayu boleh adjust ikut citarasa masing2. Jadi dengan bangganya mr mama ada la adjust sikit2.  Berbanyak-banyak terima kasih kepada ayu Singapore kerana berkongsi resepi yang ringkas dan sedap serta memenuhi citarasa mr mama sekeluarga. Minta izin share resepi kat sini tapi versi yang dah mr mama adjust ikut tekak  mr mama, yg asal boleh check disini

Bahan:
  • 1 tin krim cendawan (brand Campbell)
  • 1 biji bawang besar  - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih  - dicincang
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar2
  • 4 sudu besar sos lada hitam (brand life)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 kuib daging knorr
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan kuib daging dan kacau sebati.
  3. Masukkan krim cendawan, kacau dan tuangkan air, kacau sebati dan biar mendidih.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, lada hitam yang ditumbuk, sos tiram dan sos lada hitam, kacau sebati.
  5. Masak sehingga kuah pekat  dan siap untuk dicicah dengan apa2 yang anda suka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...