Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, December 7, 2010

Mee Cakalang aka Mee Telur




Salam semua.....
Pagi ni mr.mama nak share menu breakfast  kami sekeluarga..... mr.mama lovely wife cuti hari ni....so giliran dia la jadi chef kat dapur hari ni....he..he..he...

MEE TELUR versi goreng

Bahan-bahan :


  • 1 bungkus mee telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 5 ekor udang segar
  • 1 cawan daging lembu
  • 2 sudu besar cili kisar*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar sos cili*
  • 2 sudu besar cikap pekat*
  • 1 sudu besar sos ikan*
  • 1 cawan kobis
  • 1 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau, masukkan daging yang telah dihiris nipis-nipis, kacau.
  2. Masukkan semua bahan bertanda * dan sedikit air supaya daging masak dan empuk.
  3. Masukkan udang segar , garam dan kacau sebati.
  4. Bila dah pecah minyak, masukkan mee  dan kobis, kacau sebati .
  5. Masukkan telur ayam dan kacau lagi hingga masak.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama taburan daun bawang dan cili.


2 comments:

  1. Salam perkenalan,
    terima kasih singgah diblog akak. Sedap nampak mee tu, tak pernah lagi akak guna mee telur tu, nak cuba lah nanti.

    ReplyDelete
  2. sama2 akak. cuba la....sedapppppppp.he3x

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...