Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, December 8, 2010

Ayam Bakar

Salam untuk semua.....
Lunch mr.mama hari nie sempoi la jugak kiranya. Tekan2 kt display oven tu, tunggu 40 minit dah boleh makan. Souce black pepper ada lagi balance hari tu, apa lagi 1 peha ayam tu mr.mama bedal clear.


Resepi nie mudah ja nak buat, daripada korang nak pi makan kt luar yang harganya boleh tahan la kan..kan...
Buat bahan2 tu tak sampai 10 minit pun, lepas tu perap, lagi lama lagi kick rasa ayam bakar tu.
Selamat Mencuba......


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • 2 sudu besar sos worcestershire ( gambar sos nie ada kt sebelah kanan )
  • 1 sudu besar italian herb
  • 2 sudu besar mayonis
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perap selama 1 jam atau lebih. (lagi lama perap lagi sempoi)
  2. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40-50 minit.
  3. Boleh dihidang bersama black pepper souce.
**kalau nak resepi black pepper souce mr.mama ada sertakan di post "LAMB CHOP 2ND EDITION".

PETUA KEKALKAN KESEGARAN AYAM
Ayam yang telah dipotong-potong tidak perlu dibersihkan. Malah, ambil tepung gandum
dan lumurkan pada setiap ketulan ayam yang telah dipotong. Kemudian, simpan di dalam
bekas yang tertutup rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Bersihkan ayam tersebut jika
hendak memasaknya.


3 comments:

  1. sedapnyaa..hingga menjilat jarii tangan...Kaki tak boleh..hihihi

    ReplyDelete
  2. sedapnya ayam bakar.....nak satu peha....he..he..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...