Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Tuesday, December 14, 2010

Ayam Masak Merah Mak Jah aka Mak TTM

Salam semua......

Hari nie n3 mr.mama gak terlewat ckit, coz dok buat 'GREEN TAKO' (akan mr.mama letak pada n3 akan datang). Tungguuu....... . Berbalik kepada resepi hari nie, ada cerita skit di sebalik n3 ni....dalam 2-3 hari ni....mr mama perasan my wife asyik betoi baca blog TTM, entah apa la yang dia minat sangat baca n3 kat situ, musykil betoi.... bila ditanya dia kata suka baca pengalaman orang malaysia kat ovc.....dan resepi yang best2 kat situ....melambung la my wife ni dok puji TTM..... dan dia pun buat la resepi AYAM MASAK MERAH MAK JAH (sorry la TTM..mak jah juga menjadi pilihan  he..he..he) Minta izin cnp di sini dan terima kasih ...dari my wife tapi ada la yg dia ubah skit. Resepi ori boleh check disini


Bahan-bahan :

Bahan marinate
  • 1 ekor ayam potong2
  • 1 bungkus 50 sen rempah kari daging adabi/babas
  • Garam
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu cuka makan - xletak
Gaul bahan dan perap selama sekurang2 sejam. Lepas tu goreng separuh masak.
*Kuah marinate jgn buang.

Bahan tumis :

  • 1 labu Bawang besar hiris bulat
  • 2 bawang putih, ketuk
  • 1/2 inci halia, ketuk
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
  • 1 cawan cili kering yg dikisar dengan bawang kecil dan bawang putih
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 mangkuk santan
  • carrot/kacang peas - xletak

Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sampai bawang layu.
  2. Masukkan kuah marinate ayam, kacau sampai sedikit garing
  3. Masuk cili boh, kacau sampai garing dan naik minyak
  4. Masukkan sos tomato, kacau lagi.
  5. Masukkan santan, kacau dan tunggu sampai mendidih, masukkan garam dan boleh la masukkan ayam yang dah goreng tadi. kacau sekali sekala sampai kuah pekat.


Nielah hasil yang mr.mama dapat, tapi tak dak la hiasan2 mcm kt blog TTM tu. Bak kata orang 'mana bleh lawan tokey'. Rasa tu mengancam la kalau dari lidah mr.mama nie. Terima kasih sekali lagi untuk TTM terutamanya 'MAK JAH'.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...