Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Saturday, December 11, 2010

Di Sebalik Tabir Pembikinan Kacang Bali

Salam semua....

Dari pagi hingga ke petang kt K.kinabalu ni hujan ja. Tak dak tanda2 nak berenti, maka kain baju belungguk-lungguk la tak kering..... tapi hujan2 ni mr.mama mengidam nak makan sesuatu, lagi pun stok pencuci mulut mr.mama dah elek, walau pun dok makan selalu tapi mengidam kali ni lain mcm sikit... maka permohonan pun dibuat kepada wife mr.mama.... mentah2 kena reject, mr.mama tak berputus asa, rela kupujuk untuk mendapatkannya.... maka dengan rela terpaksa dan muncung yang panjang macam donald duck dia buat la jugak untuk hubby dia..... dan mr.mama snap pic step by step di sebalik tabir pembikinan kacang bali ni untuk dikongsi bersama semua..... kalau nak tau resepi boleh rujuk entry yang lepas. Cuba jangan tak cuna nooo....


1. Kacang tanah yang akan digunakan

 2. Campuran cili kering, bawang putih, ikan bilis yang telah dikisar serta gula dan garam

3. Masukkan telur ayam dan kacau sebati

4. Masukkan tepung Kentucky dan kacau sebati

5. 1 kotak ni masuk semua sekali tepung ok... kotaknya buang ye

6. Inilah bancuhan tepung kentucky dan bahan kisar tadi

7. Sediakan satu bekas kosong, yang macam ni la lebih kurang

8. Masukkan 5 senduk @ 1/4 kacang ke dalam bekas ni

9. Masukkan 3 senduk bancuhan tadi dan kacau

10. Tambahkan sedikit tepung gandum

11. Tepung gandum ni.... supaya kacang bersalut dengan bancuhan dan bila goreng nanti tepungnya tidak tertanggal dari kacang

12. Jintan putih dan daun kari

13. Taburkan jintan putih dan daun kari yang telah dipotong ke dalam adunan

14. Panaskan minyak dan goreng... sehingga masak

15. Bila dah masak, angkat dan toskan

16. Jeng...jeng ....jeng.....inilah hasil yang telah siap dan dimasukkan dalam bekas kedap udara

17. Dan ini juga.....

18. Apa lagi mai la pakat-pakat makan, banyak nie......He3x


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...