Mee Goreng Udang
Sebelum tutup n3 untuk malam nie, mr.mama ada 1 lagi resepi nak kongsi dengan pengunjung2 blog mr.mama. Jengok2 dalam peti sejuk ada mee belen dalam 1/2 bungkus lagi. Buka freeze tengok ada udang....hah jadik. Mr.mama kluaq pi kedai beli kobis ++ apa yang patut sementara wife mr.mama buat bahan tumis. Ketung...ketang....ketung...ketang = kat bawah tu.....
Selamat Mencuba..................
Bahan :
- 1kg mee kuning
- 10 ekor udang segar saiz sederhana
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 ulas bawang merah - dikisar
- 4 ulas bawang putih - dikisar
- 1 sudu besar udang kering - dikisar
- 1 sudu teh lada hitam - dikisar
- 2 sudu besar sos tiram *
- 4 sudu besar sos cili *
- 6 sudu besar OTA-KU *
- 6 sudu besar kicap pekat*
- 1 keping tauhu - digoreng
- 2 cawan taugeh
- 1 cawan kobis
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
Bahan hiasan :
- Daun bawang
- Cili merah/hijau (jika suka)
- Bawang goreng
Cara masak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar, kacau sebati dan biar mendidih.
3. Masukkan semua bahan bertanda * kacau sebati
4. Masukkan udang dan kacau, masukkan garam dan masak seketika
5. Bila dah agak kering masukkan mee dan kobis yang telah dibersih dan toskan.
6. Kacau sebati biar masak seketika, masukkan taugeh kacau dan gaul sebati.
7. Boleh dihidangkan dengan bahan hiasan.
alamak... tetiba jadi lapar...
ReplyDeletetergodanya tengok mee tu... semalam nak bli mee tp derang x leh nak scan harga... so tinggalkan je... nampak gaya kena makan kat sini la!
ReplyDelete