Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, December 30, 2010

Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum semua.....

Masakan feberett... anak2 mr.mama, kalau setakat sebelah peha tu lincin sekejap saja. Kat mr.mama hanya tinggal periuk saja tu pun untuk basuh...He3x.... . Kalau nak sedap mr.mama sarankan guna lah kicap cap kipas udang, nie bukan promosi tau....cuma nak menyedapkan resepi nie saja. Selamat Menjamu Mata....

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg ayam - dipotong kecil (garam kunyitkan)
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan kicap manis (adjust ikut selera)
  • 1 biji bawang merah - dimayang*
  • 1 inci kulit kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 kuntum bunga cengkih*
  • 1 kuntum buah pelaga*
  • 1 helai daun pandan*
  • 1 tangkai daun bawang - dipotong pendek2
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diletak garam kunyit hingga separuh masak.
  2. Kurangkan minyak tadi, tumis semua bahan bertanda * hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan kisar, kacau sebati, biar hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam yang digoreng 1/2 masak tadi bersama kicap, kacau sebati dan biar hingga pecah minyak dan masak.
  5. Masukkan garam dan gula jika perlu. (ikut citarasa masing2)
  6. Masukkan daun bawang, kacau gaul sekejap dan matikan api.


6 comments:

  1. ni peberet ank2 mas gak...mesti licin ....

    ReplyDelete
  2. ni peberet ank2 mas gak...mesti licin ....

    ReplyDelete
  3. saalm mr mama,
    anak2 confirm mesti suka punya lauk nikan...sebab tak pedas..kesian mr mama, tinggal periuk aje ya..heheh

    ReplyDelete
  4. mas> mmg pun peberet, kalau undi kira lauk ni la yg menang memanjang

    kak ayu > betoi tu kak, sbb tak pedas, nasib badan la kak, nak jadi bapa mithali... tinggai periuk saja la...:)

    ReplyDelete
  5. awat la TP malas masak. kalau tak bole try buat.

    ReplyDelete
  6. mama.. selepas msukkn aym dan kicap manis.. perlu tmbh air x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...