Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, December 5, 2010

Puding Sumi 'Auntie Sue'



Puding sumi ni asal dari adik ipar mr mama yang bongsu. Puding ni yang dia paling terror buat...sebab senang dan kos pun murah, tapi sekarang ni susah sikit dia nak buat maklumlah dah masuk belajar kat ipta.....Puding ni senang sangat nak buat, boleh siap dalam masa 10 minit ja....Selamat Mencuba....tak menyesal punya...

Bahan-bahan :
  • 12 gram agar-agar strip
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula – (mr mama guna ½ cawan sahaja)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair
  • 1 bungkus sumi (lebih kurang 16 pcs)

Caranya:

  • Keluarkan sumi dari bekas dan potong kecil , susun dalam loyang yang sesuai.
  • Basuh agar-agar bersih, masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan. Masak sehingga agar-agar hancur dan masukkan gula dan kacau sebati biar mendidih seketika.
  • Masukkan susu cair  kacau sebati bila mendidih boleh tutup api dan tuang ke dalam loyang yang telah ditabur dengan sumi.
  • Biarkan seketika (dalam 20-30 minit) dan boleh dimakan.
**Lebih sedap dimakan kalau puding dimasukkan dalam peti sejuk seketika.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...