Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, January 19, 2011

Roti Marble Coklat


Assalamualaikum.....

Feberet anak2 mr.mama..."ROTI". Dalam masa mr.mama dok buat blogwalking tu terpandang la roti ni kat blog  http://www.jintanmanis.com , sapa tak kenalkan pakar buat membuat roti kita nie.... . Mr.mama suka sangat tengok roti2 yang akak Ros kita ni buat, cantik2...comel2...menarik tertarik memang de BOMM la. Terpanggil mr.mama untuk cuba salah satu n3 akak kita nie.... . Saya minta izin kopi n pes yeee akak Ros.... . Biasalah kalau dah nama pun pertama kali mencuba apa2 resepi pun mestilah tak secantik air tangan tuan empunya yang dah otai dalam bidang tu... . Tapi takpa kalau tak mula dengan 1, macamana nak dapat 2 kan...kan...kan.....????. Kalau nak lebih detail lagi nak klik sini.... . Memang sedap dan lemak berkrim, tak rugi mencuba tau.... Selamat Menjamu Mata.............



Bahan-bahan :
  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula ( roti ni kira nya tawar sikit nak tambah 1/2 sudu kecil lagi gula pun boleh)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air
    Cara-Cara :
    1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je. (  Penggunaan BM-bila doh dah siap boleh terus bentukkan, skip langkah 2)
    2. ( uli tangan) perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
    3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
    4. Akhir sekali, setelah roti masak,  keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan Milo ataupun Kopi O, nak sapu krim coklat  ( nuttella) pun sedap juga, kanak-kanak pasti menggemarinya.

    Cara Memarblekan Doh :

    a) satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.

    b)tutupkan keseluruhan adunan tadi

    c) potong tiga adunan, jangan sampai terputus ye di bahagian atas tu, dan anyam bentuk tocang.


    d) letak dlm sandwish loaf.

    e) Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.


    4 comments:

    1. Gebusnya roti tu!!! Dah lama mintak Ros bukak bakery, hehehe ;)

      Mintak sikit for tea break, yumm yumm :)

      ReplyDelete
    2. wowww...meroti lagi..nmpk lembut dan gebu la...seronok kan mr mama klu anak2 suka makan....

      ReplyDelete
    3. wah kat sini pun ada roti juga...mai kita tukar mr.mama..saya bawa bun pandan inti kelapa utk mr.mama ni...hehe

      ReplyDelete
    4. bila dah menjadi roti kita buat even tak sama cam sifu,rasa seronok pasti adakan..lepas nie banyak lagi roti akan muncul....

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...