Hari ni xde n3 masak2... sebab masak simple sangat nasi goreng + ayam drumet je...he..he..he.. sambil2 dok selak majalah yang baru beli tu...rasa nak berkongsi la dengan semua salah satu artikel dalam majalah SOLUSI bulan Januari 2011.... untuk tatapan semua. Renung2kan bersama.......
sumber dari google search |
Semua Ada Dalam Al-Quran
"Semua ilmu ada dalam al-quran,"kata seorang ulama.
"Maksud tuan ilmu dunia juga?"balas seorang pemuda.
"Ya, ilmu dunia dan akhirat."
"Saya tak percaya. Masakan begitu? Bagi saya mustahil kitab al-quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu."
"Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan segala ilmu yang ada?"
"Wah tentunya berbilion-bilion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangat luas."
"Saya masih berpendapat semua asas ilmu ada dalam al-quran."
"Saya tetap tidak bersetuju,"tegas si pemuda.
Ulama hanya tersenyum.
Tidak puas hati, keesokan harinya, pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.
"Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam al-quran?"
"Ya,"jawab ulama itu pasti.
"Kalau begitu berapa banyak minyak yang boleh di dapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?"
Ulama itu diam. Pemuda itu berasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk kepada pandangannya. "Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya..."tambah pemuda itu.
Beberapa ketika kemudian, ulama itu berkata, "Ya saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu. Tetapi untuk menjawabnya, mari ikut saya."
Pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat. "Kita nak ke mana?"
"Ikut sajalah."
Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya, "Tuan, boleh beritahu kami berapa minyak yang kita akan dapat daripada sekilogram buah kelapa sawit?'
Penyelia itu spontan memberi jawapannya. Sejurus kemudian, ulama itu berkata kepada si pemuda, "Itulah jawapannya."
"Eh, saya mahukan jawapan daripada al-quran, bukan penyelia ini!" bantah pemuda itu agak marah.
"Itulah jawapan al-quran,"jawab ulama itu dengan tenang.
"Apa maksud tuan?"
"Inilah jawapan al-quran.
Dalam surah al-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud, 'Bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui. 'Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu. Inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh al-quran. Dan inilah jawapan al-quran kepada soalan kamu itu."
Pemgajaran :
Al-Quran bukan kitab sejarah, sains atau ilmu-ilmu yang lain. Namun begitu, dalam al-quran ada asas dan teras umum bagi ilmu-ilmu itu yang menjadi dasar, prinsip dan panduan untuk mengembangkannya. Jika seseorang mempelajari al-quran secara menyeluruh, dia akan mempunyai general knowledge semua ilmu yang penting di dunia.
sumber : Majalah SOLUSI/ Isu No. 27/ ms108
tq for sharing mr mama!..:) btw dah gantung dah award yg mr.mama bg tu tqvm!..:)
ReplyDelete