Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, January 13, 2011

Jejari Ke Hati.......


Assalamualaikum semua.....
Amacam pagi ni?....Sihat ka?....Dah shoru??.... . Mr.mama...alhamdulillah dah kenyang. Sepatutnya n3 ni nak post pukul 6 tadi, tp dok khusyuk nengok 'Tanya Asyraf' kt Astro Oasis tadi pasal laman sosial facebook dgn twitter la apa lagi..... . Korang semua mesti ada facebook kan...kan....kan...? . Banyak juga la benda2, perkara2 yang kita terlepas pandang termasuk mr.mama sendiri tak perasan dan tak sedar kalau terrrrrrlampau taksub sangat boleh memudaratkan. Ustaz tu kata boleh berfesbok cuma gunakanlah sebaik mungkin, jangan sampai terpesong la pulak noo.... . Insyallah...



Berbalik pada n3 pagi ni, semalam mr.mama n wife buat biskut yang bernama 'Biskut Jejari Oat'. Yang masalah tu cari punya cari tak jumpa acuan yang bentuk panjang2 tu....ahhh...macamana nak buat nie....... . At last terpaksa la guna acuan bentuk hati ja....janji rasa sama...hehehe... . Tu yang tajuk post 'JEJARI KE HATI' tu..... . Selamat Menjamu Mata.......


 BISKUT JEJARI OAT

Bahan A :
  • 170 gram mentega
  • 2 sudu minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan gula kastor
Bahan B :
  • 1 1/2 cawan tepung superfine
  • 2 cawan oat
  • 1/2 cawan nestum
  • 1/2 cawan serbuk koko
 Bahan C :
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/4 cawan gula ising
Cara:
  1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk, pukul hingga sebati guna spatula.
  2. Masukkan semua bahan B, gaul sebati hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap ikut acuan kegemaran.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskandengan suhu 150 darjah celcius selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  5. Biarkan sejuk seketika, celupkan biskut dalam campuran susu dan gula ising dan simpan dalam bekas kedap udara.


3 comments:

  1. wah ..best aa mr mama
    rajin buat biskut raya hehehe
    bagus juga kan dari duk abis beli biskut kat pasaraya tu ..atleast bila buat sendiri bleh kontrol penggunaan gula kan
    hehehe biasa la lebih kan manis dalam senyuman
    kurang kan gula dalam makanan ..:)

    ReplyDelete
  2. izazi : mr.mama baru nk cuba2 ja dlm arena buat biskut nie...

    ReplyDelete
  3. Sala Mr. Mama... Wah! Jejari Ke Hati.. Ke Hati Isterilah Tu...Ahaks...Mesti Sedap Ni Ada Oat Di Dalamnya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...