Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, January 3, 2011

Sambal Kerapu Bersos

Assalamualaikum.....

Amacam hari nie mesti sibuk kan...kan...kan?????. Hari ni sibuk betul mr.mama menguruskan anak masuk sekolah.... so pagi tadi sarapan pekena roti bawang kat restoran equaty, yang betui tu order 1 biji saja... sampainya 2 biji......sampai2 dah, mr.mama bedal la.......kenyang sampai tengahari.... Tengahari keluar ambik anak balik sekolah coz hari mula tak sempat nak arrange van, besok baru stat rasanya. Belum panas bontot pun kena la masak pulak, sebab anak balik sekolah nak makan..lapaq katanya....tak sempat nak makan kat sekolah tadi. ..... pikiaq punya pikiaq nak masak apa yang pantas dan berkhasiat, cewaahhh terhasil la menu ni......kebetulan anak mr.mama mmg suka makan ikan kerapu dan dia boleh makan pedas.  Disebabkan nak senang masak dan cepat dimakan, makanya ikan tu dipotong2...... . Selamat Menjamu Mata........


Bahan:
  • 800 gm ikan kerapu - dipotong 5 dan letak garam kunyit
  • 4 biji cili merah - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 biji cili padi hijau - dikisar
  • 1/2 inci belacan - dikisar
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan kerapu hingga masak, ketepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar dan serai yang dititik, kacau sebati, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pes asam jawa, sos cili dan kicap, kacau sebati, biar mendidih.
  4. Masukkan ikan dan tomato, kacau, masukkan garam secukup rasa.
  5. Masak hingga kuah pekat dan boleh matikan api...siap untuk dihidangkan.

7 comments:

  1. memang sedap masak kerapu mcm ni...mas pun suka..he..he..cedok seketoi bolehhh...

    ReplyDelete
  2. sdapnyer..nak sket.hehee ^___^

    ReplyDelete
  3. mas : cukup ka seketoi.....

    mimie : habih dh , dh bg dekat mas

    noorma : lagi pedas lagi ummmppp....

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Pagi selasa melawat blog nie dtg dari shout box kengkawan blogger maaf singgah dan komen kat sini..
    nak mintak izin simpan link blog nie dalam blog su manje...senang nak masak2.....
    salam kenal dari su manje..

    ReplyDelete
  5. su manje> silakan jika sudi...biasa2 ja blog mr.mama ni...tak la pandai masak, cuma saja berkongsi...:)

    saya_arief> sedap wooo..............:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...