Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Sunday, January 16, 2011

Nasi Goreng Lagi Dan Lagi.....


Assalamualaikum.......

So tired la mr.mama n family malam ni akibat daripada berjalan dari pagi hingga ke tengahari, tp letih macamana pun makan tetap makan...hehehe... . Ada nasi putih lebih yang tengahari tadi, tak sesuai la kalau buang nasi tu....tak berkat. Nak menyetelkan masalah tu jadilah nasi goreng....menu paling mudah dan pantas. Mr.mama namakan n3 ni 'Nasi Goreng Sodang' = sotong + udang. Layan la nasi goreng yang tak seberapa ni......Selamat Menjamu Mata.....





Nasi Goreng Sodang
 
Bahan:
  • 4 cawan nasi
  • 10 ekor sotong (sedang) - potong
  • 10 ekor udang - buang kulit
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 biji cili merah - dikisar
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang yang telah dimayang hingga naik bau.
    2. Masukkan semua bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
    3. Masukkan udang dan sotong, masak hingga kering air udang dan sotong.
    4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan kacau sebati.
    5. Masukkan garam dan gula masak hingga garing (pecah minyak la).
    6. Masukkan nasi, gaul hingga sebati.
    7. Matikan api, siap untuk dihidangkan.


    1 comment:

    1. singgah sini mkn nasi goreng lagi...hehe jalan sakan ya mr.mama....haha nengok telur atas nasi tu terasa lapar la pulak....hehe

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...