Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, January 21, 2011

Ikan Pedas Bunga Kantan


Apa habaq malam ni....sihat rasanya noo.... . Mr.mama alhamdulillah, maklum la sekarang ni musim demam, selsema dengan batuk, pakat2 jaga diri dengan family masing2 la yaa. Oklah berbalik pada n3 malam ni, tapi menu mr.mama ni buat tengahari tadi tak sempat nak post. Siaran tertunda sebelah malam la jawabnya. Tuan empunya resepi nie Yatie@Sinar Kehidupanku , lagi detail direct to the point kat sini.... . Mr.mama tertarik kat resepi tu sebab guna bunga kantan dengan belacan. Mr.mama pernah buat resepi macam ni tapi tak guna dua2 bahan tu....mesti nak try la. Bau bunga kantan tu pulak semerbak menjadikan masakan tak sempat nak tinggal kat orang belakang. Kakaakaka..... . Nanti kita buat lain kay.... . Apa2 pun Selamat Menjamu Mata.... . Opssss...lupa pulak otai resepi nie.... . Mr.mama kopi n pes ya Yatie... . Terima kasih untuk resepi yang sedappppp.....nie..... .


Bahan-Bahan :
  • 5 ekor ikan mata besar/ apa2 jenis ikan- mr.mama guna ikan nyok2 lagi.....
  • 1 btg serai- diketuk
  • 2 kuntum bunga kantan- di belah 2
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air
  • 1 keping asam keping
  • garam dan sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ikan
  • minyak secukupnya
Bahan dikisar
  • 10 biji cili padi merah atau lebih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit belacan
Cara-Cara :
  1. Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ikan separuh masak atau embal2....setelah masak, ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Tumiskan bahan2 kisar dan masukkan serai, tumiskan sehingga naik bau.
  4. Masukkan air, santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Kacau lagi dan masukkan bunga kantan yg telah di belah 2.
  5. Masukkan ikan dan kacau lagi sehingga kuah mesra dngn ikan..... biarkan kuah mendidih.
  6. Masukkan buah tomato yg telah di belah 4...kacau lagi dan perasakan.
  7. Sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah diangkat dan di hidangkan.


3 comments:

  1. Salam Mr Mama,
    Tq mencuba resepi ni....mmng harum semerbak bau bunga kantan tu kan...sesekali layan lauk lemak pedas mcm ni mmng best..laporlah pulok tngk lauk Mr Mama ni....

    ReplyDelete
  2. sedappnya tengok ikan pedas bunga kantan tu...ala2 rasa masak lemak kan..

    ReplyDelete
  3. salam mr mama...wahh..nampak sgt sedap la ikan tu..harus cuba nih.. saya follow blog ni yer..thanks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...