Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Wednesday, January 26, 2011

Gulai Ikan Talang Masin + Nenas


Gulai kegemaran wife mr.mama nieee.... jauh ikan ni mai, terbang nun dari Kedah guna khidmat POS MALAYSIA.... hai.. kalau dah kempunan sanggup tahap maksima tuu mesti jadi punya.... apa pun gulai ni sedap dimakan bersama ikan belah belakang atau ikan masak sambal tumis, kick la..... 3 pinggan nasi pun licin... tak caya??? cuba la....he.he..he. Selamat Menjamu Mata....


Bahan-bahan :
  • 450 gram ikan talang (bahagian tulang shj) - dipotong, bersihkan dan rendam dgn sedikit garam
  • 1/2 biji nenas masak - dipotong2
  • 250 ml santan kotak + 1/2 cawan air - mr.mama guna brand KARA
  • 3 cawan air
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 sudu makan rempah kari IKAN
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 sudu makan gula
  • Garam tak perlu, ikan dah masin
Bahan tumis:
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili merah - dipotong
  • Sedikit minyak

    Cara-cara :
    1. Bilas ikan yang telah direndam, toskan.
    2. Masukkan dalam periuk bersama dengan rempah ikan, semua bahan kisar dan 3 cawan air, rebus hingga masak.
    3. Masukkan pes asam jawa, gula dan nenas yang telah dipotong. Masak seketika.
    4. Masukkan santan yang telah dicampur air, masak hingga mendidh.
    5. Kacau balik2 dan matikan api, ketepikan.
    6. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang, daun kari dan cili kering hingga naik bau, tuangkan ke dalam periuk gulai tadi dan tutup.
    7. Lebih kurang 5 minit, buka penutup dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.


    4 comments:

    1. sedappnya gulai ikan talang masin ngan nenas...tambah ngan sambal belacan...perhhh...sedapp tu...

      ReplyDelete
    2. salam mr mama saya pungg org kedah anak bukit mariii sebelah istana anak bukit jer..tapi bukan kerabat sultan noohhh hehe..sekadar dipingiran jer.. mmg la sedap mau tambah 4 pinggan makan dgn sambal belacan cicah daun cemumaq fuhhh tak bangkit22 hahaha mr mama kedah tang mana ya???

      ReplyDelete
    3. Mas : lagi pedas sambal belacan lagi lajak tu....

      ilahjy : mr.mama org sp

      ReplyDelete
    4. ni mak mertua lalu pun tak perasan dah...lapo...lapo...

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...