Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, January 13, 2011

Masak Kicap Lagi....



Assalamualaikum.....
Hari nie mr.mama masak very the simple saja, tapi tetap feberettss my anak2. Tak sempat nak buat yang ganas2 la...coz banyak kerja nak kena buat today. 1 lagi goreng ja ayam drummet ayamas. Selamat Menjamu Mata.....


Bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan selar - setiap ekor dipotong dua (garam kunyitkan)
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan kicap manis (adjust ikut selera)
  • 1 biji bawang merah - dimayang*
  • 1 inci kulit kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 kuntum bunga cengkih*
  • 1 kuntum buah pelaga*
  • 1 tangkai daun bawang - dipotong pendek2
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan yang telah diletak garam kunyit hingga masak.
    2. Kurangkan minyak tadi, tumis semua bahan bertanda * hingga naik bau.
    3. Masukkan semua bahan kisar, kacau sebati, biar hingga mendidih.
    4. Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama kicap, kacau sebati dan biar hingga pecah minyak dan masak.
    5. Masukkan garam dan gula jika perlu. (ikut citarasa masing2)
    6. Masukkan daun bawang, kacau gaul sekejap dan matikan api.


    5 comments:

    1. wahh..ni peberet anak bujang mas tau....

      ReplyDelete
    2. salam...
      hheheheh...mmg sama la resepi kita arini...cume cara je lai skit...hehhehe

      ReplyDelete
    3. salam mr mama,
      lauk kicap ni sedap kalau ada sambal belacan,
      sambal goreng jawa ke..mesti kalau akak dapat makan, mr mama lalu pun akak tak nampak..hehe

      ReplyDelete
    4. Salam Mr.Mama...

      Sedap Masak Kicap Ni...Kalau Lin Makan Masak Kicap Sure Tak Nampak telinga!

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...