Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, January 21, 2011

Sotong Masak Lada Hitam







Get ISLAMIC-Graphics


 

Lagi pedas lagi ummmpp, lagi kick...... . Sama la macam n3 mr.mama ni. Yang sebenornya resepi ni semalam punyeee, mr.mama regukan dia dengan telur dadar udang (post semalam). Resepi2 yang ada unsur2 black pepper adalah salah satu dari kegemaran mr.mama. Kalau makan kat luar pun sama mesti order spesis adik beradik black pepper ni.... . Resepi ni mr.mama ambil dari buku resepi yang di keluarkan oleh chef yang sangat di kenali ramai, sapa lagi kalau bukan 'Chef Hanieliza'. Nama buku tu "Senangnya Memasak... Makanan Laut" resepi pilihan 23. Dalam proses nak beli buku '1 Hari 1 Resepi ' pulak..... Ok... Selamat Menjamu Mata....


Bahan A :
  • 300 gram sotong - dipotong kecil
  • 1 labu bawang besar - dipotong gelang
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 biji tomato - dipotong 4
  • Daun bawang - dipotong 1 inci
  • Garam - sekiranya perlu
Bahan B (Bagi Menumis) :
  • 3 ulas mawang merah
  • 2 ulas mawang putih
  • 1 tangkai cili merah
    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
    2. Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam.
    3. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato.
    4. Tutup api dan taburkan daun bawang.
    5. Sedia dihidangkan.



      5 comments:

      1. salam..
        saya pun suka masakan berasaskan lada hitam.. memang sedap.. kalau dlm pantang.. ada lada hitam tumbuk+garam tu mkn dgn ikan bakar pun dah cukup menyelerakan.. hehe..

        ReplyDelete
      2. salam mr mama, k.nor dah pernah buat.. mmg sedap

        ReplyDelete
      3. MaDiHaA : i like....hahahaha...

        K.Nor : betul la akak memang sedap......

        ReplyDelete
      4. wah kalau sedap nak cuba jugak lah. bukunya akak ada tapi tak cuba lagi.

        ReplyDelete
      5. sotong ni memang peberet anak mas daniel....masak pe pun tak pe...habis dibelasahnya...

        ReplyDelete

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...