Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Friday, January 7, 2011

IKAN NYOK2 LAGI!!!


Assalamualaikum semua......

Eh...eh... nyok2 lagi.....aritu habaq dah abis tapi rupanya ada lagi....dok nyorok dalam esbok..tapi 4 keping saja..... my wife buat sambal tumis....stok perlu dihabiskan ari ni coz esok hari rasmi membeli bahan basah di dapur kecil kami untuk stok seminggu...:) . My wife gandingkan dengan telur dadar mayo yang sangat la gebus ni....sedap je kunyah.... my daughter tambah nasi 3x. Ni menu siang tadi...layan gambaq ja la ye..... Selamat Menjamu Mata.....

 SAMBAL IKAN NYOK2

Bahan-bahan :
  • 4 keping ikan -letak garam kunyit
  • 15 biji cili kering - direbus dan kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dikisar
  • 1/2 inci belacan - dikisar
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar pes asam jawa 
  • 1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan sampai masak, ketepikan.
  2. Kurangkan minyak dalam kuali, tumis semua bahan kisar masak hingga garing.
  3. Masukkan air, gula dan garam masak hingga mendidih, masukkan pes asam jawa dan kacau.
  4. Bila dah pecah minyak, masukkan ikan, balik2 kan , kemudian masukkan bawang yang dipotong bulat2, kacau skit dan siap untuk dihidangkan.
**mr.mama sertakan gambar ikan nyok2 @ ikan putih ehsan dari mr.google 

    TELUR DADAR MAYO



    Bahan-bahan :
    • 2 biji telur ayam
    • 1 sudu besar mayonis
    • 2 biji bawang merah - dimayang
    • 1/2 biji cili merah - dihiris nipis
    • 2 sudu besar hirisan carrot
    • Sedikit garam

    Cara-cara :
    1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, pukul skit guna garpu.
    2. Masukkan semua bahan yang lain, pukul sebati.
    3. Goreng dalam kuali dengan sedikit sahaja minyak hingga masak.


    3 comments:

    1. kalau mas, dah cukup telur dadar ngan sambal ikan...maunya bertambah nasi..he..he...nampak telur dadar tu tembam betoi....sukanya...

      ReplyDelete
    2. wahh sedapnyer menu arini.. tumpang makan sorang :)

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...