Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Monday, January 17, 2011

Popia Champa


Assalamualaikum....

Selamat pagi...good morning. N3 mr.mama ni datangnya dari Filipina, mr.mama dapat resepi ni semasa ambil kursus frozen food di Pulau Pinang bersama Chef Li dari ITKAU (Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara) yang terkenal sebagai Jutawan Senyap. Banyak jugak buku2 yang beliau terbitkan seperti Petunjuk Jalan
Kekayaan, OKB(Orang Kaya Bertaqwa), Menjejaki Jutawan Senyap, Aku Tak Nak Miskin dan yang terbaru Rahsia Kekayaan Dari Bogor. Nak tahu lebih lanjut tekan kat sini atau kat sini... .


Ok..berbalik kepada n3 hari nie, mr.mama pi kursus time dok kat semenanjung...kiranya dah lama la jugak. Yuran tu kalau tak silap lebih kurang rm250 untuk 1 hari. Mr.mama buat popia ni semalam tapi baru goreng pagi ni. Alhamdulillah kira2nya tu menjadi la. Ok Selamat Mencuba dan Menjamu Mata.....

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • Kulit Popia

Bahan B (Bahan Inti) :
  • 1/2 kg keladi
  • 200 gram cendawan - dicincang halus (cendawan tiram/apa2 pun boleh)
  • 100 gram udang - dicincang halus
  • 3 biji bawang merah - di mayang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 biji cili merah - dipotong halus
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  •  Sedikit minyak masak

    Cara-cara :
    1. Keladi direbus dan dilecek halus ataupun dikisar menggunakan blender - ketepikan.
    2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih.
    3. Kemudian masukkan udang, sos tiram dan juga cili merah, kacau sebati.
    4. Masukkan keladi dan lada sulah.
    5. Masak hingga kering.
    6. Boleh la digulung menggunakan kulit popia.....dan goreng.


    8 comments:

    1. mr mama..wow mmg nampak sedap la intinya tu...boleh la jugak kalau nak di try ni..kalau makan ramai2 lagi syokkan.. masuk list.mekasih mr mama

      ReplyDelete
    2. betul tu..lain betoi intinya, tapi nmpk sedappp...masuk list gak..nnti ada bhn boleh buat...

      ReplyDelete
    3. izahdaut : makasih...makasih....

      Mas : memang lain dr yang lain...hehehe..

      ReplyDelete
    4. Uish, teringin nak ngap popia tu!!! Sedapnyaaa ;)

      Thanks for following me ya, sorry my late return! :D

      ReplyDelete
    5. kita ni peminat popiah.. tapi.. tak pernah lagi jumpa popiah ni.. mesti gebus je inti kat dalam kan.. cam sedap jer... :)

      ReplyDelete
    6. MR.Mama...
      waa kira versi baru nie inti popia nie..sedap tak? tak pernah pulak makan ada inti camgini..

      ReplyDelete
    7. love2cook : sama2

      JaSSaNi : sedap ka?...kena la cuba...he3x...

      KakAsma : wife mr.mama kata sedap....hehehe...

      ReplyDelete
    8. sedapnya popia tu mr.mama, ada lagi dak?..cheq nk la seketoi...hehe

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...