Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, January 20, 2011

Black Beauty Choc. Cake



Kemarin petang mr.mama buat kek ni sampai makan tengahari pun jadi 'Ala Kadar' saja. Hahaha.... . Sebut ja coklat memang dah jadi kegemaran anak2 termasuk mak2 ngan bapak2 sekali ya tak???.... . Resepi ni datangnya daripada Chef Zubaidah, tapi mr.mama jumpa kat blog Maklang's Kitchen Diary . Tengok pun dah rasa sedap, apa tah lagi kalau dah masuk dalam mulut. Orang tua2 kata 'Hitam2 si tompok manggis, Walaupun hitam di pandang manis' . Terpanggil mr.mama untuk mencuba dan hasilnya....jeng...jeng...jeng...memang sedap. Selamat Menjamu Mata.



Bahan A :
  • 2 cawan tepung gandum/superfine
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil baling powder
Bahan B :
  • 2 cawan gula castor
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak @ butter di cairkan
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar emulco
  • 3 biji telur
    Cara-cara :
    1. Ayak bahan A, ketepikan.
    2. Campur semua bahan B dan kacau sebati (guna whisker aje).
    3. Masukkan bahan B dan gaul rata.
    4. Bakar dengan suhu 150 darjag celcius selama 50 minit hingga 1 jam. 
    5. Guna loyang 8x8, tp mr.mama guna loyang bulat ja...

    Bahan Untuk Topping :
    • 1/2 cawan  serbuk koko
    • 1 cawan gula
    • 2 1/2 cawan air (boleh juga guna susu cair)
    • 1/2 cawan tepung jagung
    • 2 sudu besar majerin
    Cara-cara :
    1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan masakkan atas dapur dengan api yang kecil, sentiasa dikacau.


      3 comments:

      1. mmmm....sedapnye....kebetulan lak tengah cari resepi kek coklat...hehe..leh la guna ni~ :)

        ReplyDelete
      2. sedapnya..terguda nengok mlm2 ni...maunya mimpi choc cake mlm ni hehe...mai tukaq ngan brownies la mr.mama...hehe

        ReplyDelete

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...