Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Saturday, January 29, 2011

Daging Kandaq

Daging lagi n3 @ makan tengahari mr.mama hari ini. Lebih2 daging beli semalam mr.mama buat, tak banyak pun ..dalam 300gram ja. Resepi ni mr.mama cnp kat blog Yatie@Sinar Kehidupanku, mau lagi clear klik kat sini.... . Resepi ni memang sesuai dengan mr.mama n family, maklumlah orang utara katakan..kalau dengan bunyi kandaq2 nie memang feberettss sangat la kiranya. Dari maklumat Yatie, beliau dapat resepi ni dari 'my resepi'. Memang betul kata Yatie....memang SEDAP sangat, berebut mr.mama dengan anak2...hahahaha.... . Minta izin cnp dari empunya resepi yaa.... . Selamat Menjamu Mata....

**mr.mama buat 1/2 daripada sukatan kat bawah....maklumla daging ada 300gram ja... 

Bahan-Bahan :
  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Sedikit daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah, masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi.
  7. Perasakan dan masaklah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Setelah cukup rasa, bolehlah di hidangkan.
  9. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti


9 comments:

  1. wow! nasi kandaq...kalau dh ada resepi mcm ni...haiii...boleh ttp kedai la mamak kt kampung ku..hehehe, thanks 4 the 'secret recipe of nasi kandaq'..hihi

    ReplyDelete
  2. salam ziarah petang..bestnye kalau makan daging kandaq dengan nasi, diletak pula dengan sambal belacan...

    ReplyDelete
  3. Salam Mr Mama,
    Mmng sedapkan daging kandaq ni...sedap hingga menjilat jari...dtng umah Yatie ambil bunga ya...tq...

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya menu mr.mama ni dah jadi mcm mamak nasi kandaq ni...ni yg buat cheq rindu nk blk Penang...nk cari nasi kandaq!...hehe

    ReplyDelete
  5. Salam MrMama. Waduh2... best ni. Along pun oghang utagha gak... memang tang kandaq2 ni pebret abeh.

    ReplyDelete
  6. mr mama, mas dah try kari daging kandaq ni...memang sangat sedappp...

    ReplyDelete
  7. norgee : pakat2 balik india semua...kakakaka...

    adiwieyah : sehingga menjilat tapak tangan oo...

    Yatie : memang sedap betul la..., hah! bunga, nanti mr.mama bawa lori p ambik ya...

    Nieza : kena plak nasi kandaq line clear...pehh

    HomeKreation : betul..betul...betul.. utara tu blah mana tu??

    Mas : betul tu mas, anak mr.mama yg umur 2 tahun tu pun pulun...hehehe...

    ReplyDelete
  8. isk! tak leh jadik ni, esok balik kampung, lusa sure dah smpi penang nak cari daging kandaq cenggini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...